Saturday, May 7, 2011

Lesen televisyen & radio


Dulu setiap rumah yang mempunyai radio dan TV diwajibkan membayar lesen, macam lesen memandu sekarang setahun sekali kena renew, RM24 setahun. Kena pamer dekat dinding macam lesen perniagaan.

Siap ada peringatan dekat surat khabar masa tu kalau tak ada lesen tv, peralatan tv dan radio akan dirampas. Siap ada pegawai penguatkuasa datang check rumah ke rumah. Mula lah orang kampung menggelabah sorok tv bawak katil lah, tutup dengan kain lah dan macam-macam lagi. Ada yang menumpang sorok dekat rumah jiran sebelah yang dah kena check, sebab comfirm orang tak datang check lagi rumah tu. Tak kan nak check dua kali, silap haribulan kena sebakul maki hamun. Memang pernah ada pegawai penguatkuasa sampai ke kampung aku masa tu zaman sekolah rendah lagi. Seingat aku ada orang kampung yang kena kompaun tapi TV tak kena rampas. Heboh sekampung cerita pasal benda nie selama seminggu dua. Yang pelik nya pada masa tu orang yang beria-ria sorok TV sebab tak ada lesen atau lesen dah mati kebanyakan nya guna kan antena yang di pasang di bumbung. Pelik tapi benar bila penguatkuasa boleh percaya rumah tu tak ada TV sedangkan dekat bumbung ada antena. So, antena tu pasang buat apa. Perhiasan jer la kot bagi rumah nampak cantik. Lagi satu yang pelik, radio tak check pulak. Kenapa Tv jer, sedangkan lesen TV dan radio. Hahaahaaa...

Ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh buat rujukan di sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lesen_televisyen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...