Thursday, November 24, 2011

Seiko landmonster SNM37


Movement Malaysia?? kedengaran pelik bunyi nya. Tetapi sebenar nya model landmonster yang menggunakan movement Malaysia ini bukan untuk pasaran keluaran Asia tetapi untuk pasaran USA. Pergerakan menggunakan enjin 7s35 Seiko yang seangkatan dengan enjin 7s26 Seiko yang memang terkenal dengan low maintenance. Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa model landmosnter ini juga salah satu model buruan bagi peminat jam diver termasuk lah diri aku. Unik dan istimewa nya model ini adalah pada binaan compass yang boleh di putarkan 360 darjah dengan dail warna oren yang sama dengan model Seiko orange monster.




Tiada ciri istimewa lain yang ada pada model ini, ciri-ciri sama seperti model Seiko diver yang lain yang seangkatan dengan nya. Diameter 43mm, luminous, cermin hardlex crystal, bezel dengan 60 klik putaran, paparan tarikh pada angka empat (tiada paparan hari) dan semesti nya boleh di bawa menyelam scuba bersama tong oksigen dengan kedalaman 200m.

Pada pandangan aku, aku amat bertuah kerana telah bertemu dengan model ini dengan mata sendiri memandangkan amat sukar untuk di jumpai di jual di kedai-kedai di Malaysia. Mungkin ada, tetapi aku jer yang belum pernah jumpa. Sempat juga minta tuan kedai keluarkan dari display box untuk belek-belek seminit dua. Harga yang di tawarkan adalah dalam lingkungan RM1700 hingga RM2000 sebelum diskaun.



2 comments:

  1. Kalau nak ikutkan model ni bukanlah untuk pasaran Malaysia. Kalau jumpa kat mana2 kedai tu kira bertuah psl terlepas masuk gak seketul dua kat kedai tu. Tahniah kerana memiliki jam hebat ni

    ReplyDelete
  2. masih belum lg asmar.. sbb lebih berkenan dgn alba manta ray dail hitam di kedai tu.. juga ade bersama manta ray oren.. kagum sbb owner kedai tu ade byk collection vintage chrono seiko.. dgn sebiji rolex oyster 1960..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...