Total Pageviews

Sunday, December 25, 2011

Citizen promaster NY0040

Banyak jam-jam yang aku perolehi dari sahabat, rakan jam. Antara sebab nya aku lebih senang berurusan dengan mereka ialah faktor harga yang senang di bawa berunding. Memandang kan mereka semua arif tentang jam-jam kepunyaan mereka, jadi tidak timbul sangat isu-isu yang meragukan pada aku untuk membeli jika mereka hendak menjual nya kepada rakan yang lain pula. Antara skandal yang sampai sekarang tak berkesudahan ialah jam replika a.k.a palsu yang semakin banyak berada di pasaran terbuka. Malah authorized dealer sendiri kadang kala maklumat nya meragukan menyebabkan potential buyer lari begitu sahaja di sebabkan ilmu mereka yang lebih hebat dari penjual sendiri. Memang tidak boleh di nafikan ada penjual sendiri tidak mengetahui lanjut tentang jam yang mereka jual. Pada aku ini tanggungjawab mereka jika pembeli ingin tahu di samping aspek kejujuran dan attraction skills untuk menarik pembeli. Faktor keuntungan menyebabkan penjual gelap mata sehingga yang hitam di kata putih. Tapi tak semua nya begitu, masih ramai yang mengamalkan nilai murni dalam perniagaan mereka. Bagus lah kalau begitu. Ok full stop..


Citizen promaster mid range diver ini juga aku peroleh dari seorang sahabat jam. Walaupun berstatus terpakai, ternyata kondisi nya masih cukup menyakin kan pembeli termasuk aku. Tanpa menunggu lebih lama urusan rundingan terus aku jalan kan melalui sms. Feedback yang di peroleh cukup menyakin kan dengan harga nya. Alhamdulillah selepas 2 hari, jam ini selamat sampai di tangan.



Kesan scratch halus pada beberapa bahagian jam ini menunjukan pada hayat nya, perkhidmatan nya memang kerap di gunakan oleh pemilik nya. Ia tidak menjadi masaalah pun pada aku walaupun aku menjadi pemilik nya yang ntah ke berapa. Enjin miyota 8203 kalau lihat pada caseback belakang jam nie. Tak pandai nak ulas lebih-lebih, takut tersebar ajaran sesat. Kalau silap sila perbetulkan. Boleh kunci beb. Hehee.. lagi satu, crown nya pada angka lapan, tangan kanan. Tapi jadi masalah pun kalau yang kiri nak pakai. Luminous masih bercahaya, bezel masih berputar. Rekabentuk minute dan hour hands nya pun menarik. Lain dari spesis yang sekelas dengan nya. Memang berbaloi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...