Total Pageviews

Sunday, January 22, 2012

Kawasaki series

Apa kena mengena dengan kawasaki?? entah lah labu.. kena tanya mat-mat motor apa pasal di sama kan dengan kawasaki. Aku tengok tak ada langsung mirip kawasaki. Tang mana?? entah la labu.. Ingat kan lama rupa nya sekejap, rupa nya warna pada jam ini inspirasi dari kawasaki racing team. Ohh macam tuuuu.. baru tau.


Warna dail yang begitu contras dengan warna hitam di sekeliling nya. Model 2 in 1 analog & digital. Agak terkejut juga melihat jam nie dengan water resist 200m. Wow.. dalam mengganas di litar lumba rupa nya mampu menyelam dalam juga rupa nya. Diamater 35mm, world time, stopwatch, auto calendar, electro luluminescent backlight, countdown timer, bateri life 3 tahun. Memang kebiasaan model-model digital casio mempunyai fungsi yang pelbagai. Baru berbaloi dengan duit yang di keluarkan. Ibarat beli kereta dapat percuma hadiah peti sejuk, tv, radio... hahaaa.


Thailand?? sebai.. sebai.. janji original. Berdiri sebelah rolex sub replika pun boleh kembang lagi nie. Wrist band pun cantik dengan dua tona warna yang berbeza. Cukup padan.


Padan jugak bila sarung dekat tangan aku. Tapi belum cukup membuat kan aku terangsang. Buat seronok-seronok layan jer. Boleh tahan sedap jugak jam nie. Biasa layan mekanikal aje, sekali sekali try shock resist ke, protections, mud resist ke best jugak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...