Total Pageviews

Monday, March 19, 2012

Detik 3 & 4 March

Sejarah kembali setelah 10 tahun berlalu pergi, di satukan kembali. Perancangan hampir dua bulan insyaallah akan berlaku. Semahu-mahu nya mereka yang berusaha menjayakan program mengharapkan ia nya menjadi kenyataan. Kumpulan maya dalam laman muka buku telah di tubuhkan bertujuan mengumpulkan ahli-ahli nya dahulu. Selepas itu di wujudan ahli jawatankuasa kecil yang cukup bertungkus lumus berusaha mengharapkan ia nya berjaya. Berdepan dengan kerenah-kerenah pegawai-pegawai tinggi, kontraktor besar, tokey-tokey syarikat cukup mengujakan untuk berurusan. Maklum sahaja mereka banyak sungguh dengan urusan yang lebih penting berbanding program kecil seperti ini. Cukup berterima kasih bila seruan panggilan mendapat sambutan. Melihat jumlah yang bakal hadir cukup membuat hati berdebar. Begitu ramai yang mahu sertai, benak hati mengatakan program kecil bakal menjadi besar.

Dalam masa dua bulan perancangan di atur rapi. Sekali-sekali bersidang untuk perbincangan perjalanan program yang di rancang. Keretapi berjalan di landasan, sekali sekala terkeluar landasan masuk balik arah tujuan. Ini perlu untuk melicinkan segala yang di rancang. Penginapan, yuran, makan minum, ataurcara program, kedatangan, semua di laksanakan dalam dua bulan yang cukup mencabar perasaan. Semakin hampir kepada tarikh yang di rancang, semakin mudah ia berjalan bila semua yang di rancang menjadi kenyataan. Satu persatu di selesaikan tanda semakin hampir bermulanya kejadian yang di maksudkan.

Pada tarikh, waktu dan tempat yang di janjikan.

12.00 p.m hingga 1.30 p.m
Adalah waktu yang di tetapkan untuk berkumpul di satu tempat yang di tetapkan. Dua orang host berkereta bersama mula bergerak pada jam 12.00 p.m mengambil seorang rakan yang mahu bersama sekereta. Jam baru menunjukan pukul 12.30 dering-dering panggilan di terima. Macam-macam soalan dan bebelan di terima. Ini lah akibat nya jika tak lihat jadual perjalanan yang telah di sediakan. Penat host nak jawab wei. Tu la sape suruh korang tak tengok jadual perjalanan. Kan dah cakap waktu berkumpul dari pukul 12.00 p.m hingga 1.30 p.m. Di tempat berkumpul yang di janjikan, dah ada 4, 5 buah kereta sedang menunggu. Jam menunjukaan hampir pukul 1.30 p.m, kami terus kan perjalanan untuk ke seksyen S2 plaza tol Air Keroh memandangkan ada yang menunggu di sana. Agak kelam kabut untuk berikan jawapan secara spontan bila berdepan situasi tekanan. Ah belasah je lah. Dah kelam kabut aku terlupa seorang perempuan yang di tinggalkan. Hahaa, jumpa tol Tangkak ok.

Seksyen S2 plaza tol Air Keroh
Keadaan agak meriah di sini walaupun berhimpun di tepi jalan. Dah ada 2 buah kereta dah tunggu kami sampai. Aku tengok gelagat masing-masing dah tak sabar nak jumpa rakan-rakan. Sempat aku snap sekeping dua buat modal aku menulis. Bertambah-tambah ramai, makin meriah. Baru la seronok. Macam-macam keranah gelagat aku tengok.


2.30 p.m
Di sebabkan nak meneruskan perjalanan yang agak jauh. Masing-masing bersetuju untuk menjamu selera dulu di satu tempat yang istimewa di bawah pokok kelapa sawit. Hahaa.. Terlupa plak aku dalam perjalanan untuk santapan, sempat ambil sebuah lagi kereta rakan di tepi jalan. Panjang aku tengok konvoi kereta. Perghh feel beb.


Lunch di bawah pokok kelapa sawit
Pertama kali aku datang tempat nie, aku rasa yang lain-lain pun sama. Kalau ada pun sorang dua yang pernah bertandang. Ok sangat pada aku tempat nya. Macam-macam menu ada, macam-macam menu restoran ada dekat sini. Diorang semua order macam-macam. Untuk aku, menu pilihan nasi arab berlauk daging kambing. Memang favourite aku daging kambing nie skali dengan lai che kang untuk memudahkan penghadaman. Hampir 2jam, dekat tempat nie mereka dah mula buka cerita dongeng lama. Hahaa.. kisah-kisah lama la. Cerita tentang skandal-skandal lama, zaman sekolah, peristiwa yang menggelihatikan dan macam-macam cerita la, kalau boleh semua nak keluar masa tu juga. Hahaa.. boleh buat buku beb. Dalam sibuk-sibuk semua berborak sakan, aku sempat cilok ronda tempat makan nie. Tiba-tiba...


Arapaima gigas!!! tiga ekor besar-besar macam orang tu. Skali ngap je santapan makan tengahari. Hehee.. Mungkin ini satu daya tarikan. Spesis nie memang tidak ada mahupun hidup di air tawar hutan hujan di Malaysia. Setahu aku spesis ikan karnivor nie berasal dari Brazil. Diet makanan nya dari spesis dia jugak, kira makan kaum sendiri la. Ikan makan ikan. Ada sorang kawan aku berkenan sangat dengan ikan nie, nak buat bela kata nya.


Perjalanan di teruskan ke tempat penginapan, Kuala Linggi di Rizalan chalet. Jauh terasa perjalanan memandangkan bacaan odometer hanya sekitar 60 - 70 km/h. Faham sangat yang mengekori dari belakang sebab ramai yang tidak tahu lokasi penginapan. Kawasan sekitar menjamukan pemandangan desa moden yang jauh dari hiruk piruk kota. Suasana yang agak mendamaikan dengan bentangan pantai di sepanjang perjalanan.


Sekitar jam 4.30 p.m
Tempat yang di tuju telah pun tiba. Aku terpandang owner chalet menunggu di dewan makan. Agak cantik pemandangan. Chalet yang tersusun rapi dengan susunan huruf U dengan pemandangan pantai di depan. Not bad. Masing-masing sibuk memunggah pakaian ke bilik yang telah di tetapkan. Aku suka bila tiada complain, bermakna mereka puashati dengan apa yang mereka keluarkan. Aku memang dah sedia senapang dah kalau ada mana-mana yang dapat serang hendap. Hehee...


Sekitar jam 5.00 p.m
Di sini aku dan host yang lain ingin memohon sedikit kemaafan dari semua di sebabkan tidak ada welcome drink masa semua sampai petang tu. Mungkin perkara ini terlepas pandang kerana masing pun mengadu kehausan setelah sampai. Sorry... al-maklumlah bajet tak berapa nak cukup dengan ketiadaan sponsor lagi. Jadi untuk ketelusan, yuran yang korang beri tu telah habis di gunakan untuk menjalankan program-program, makan minum, penginapan dan baju. Next time mana yang tokey-tokey besar, pegawai-pegawai jangan malu jangan segan sumbangkan lah sedikit bonus tahunan anda untuk aktiviti nie. Heh heh...baru macam-macam boleh buat.

Ada planning untuk beli kek reunion, jadi satu team telah keluar menjalankan misi membeli kek dan santapan-santapan ringan. Yang lain-lain tinggal di tempat penginapan. Tiada aktiviti di jalankan pada petang tu, hanya aktiviti riadah sebelum menjelang malam aktiviti akan bermula. Yang tinggal dah turun ke pantai, aku dan beberapa yang lain turut sama turun ke pantai menjengah pemandangan pantai dalam masa yang sama mencari tempat menarik untuk photo shoot esok. Tak jauh dari tempat penginapan tu memang ada tempat yang menarik, ala-ala bali. Boleh guna untuk aktiviti esok. Matahari masih memancar terik sambil sekitar pantai sedikit demi sedkit di penuhi pelajar KUIM. Apa kena menenga dengan KUIM..?? haha.. sebab aku tengok mereka menginap sebelah chalet kita tu, ada program juga la gak nya, tu yang ramai. Tangkapan gambar terus berjalan dari masa ke semasa sejak perjalanan di mulakan.

Sekitar jam 6.00 p.m
Team mencari bekalan makanan dah sampai, yang pergi sendiri pun dah sampai. Ada sape-sape lagi yang tak sampai-sampai ke?? aku rasa ade. Aktiviti berendam dalam air masin mendahului aktiviti riadah petang tu sebelum di  teruskan dengan permainan volley ball, di bahagikan kepada dua team. Lelaki dan perempuan bergabung bersama untuk mengelakan kekuatan tidak seimbang pada sebelah pasukan sahaja. Aku perhatikan gelagat masing macam pertama kali main volley ball. Betul jugak, last aku main pun masa sekolah rendah. Dah makan tahun tu, mana tak skill dah berkarat masing-masing. Peraturan dan cara entah ke mana. Cara kira mata pun cara lama, nampak bebeno bongok nye.. hehee. Nak sambut bola pun takut beb, apa cerita. Cara menyambut dengan menumbuk bola tu pun mana dalil korang pakai. Belum yang serve kena telinga aku berdesing nasib baik tak pekak. Yang perempuan dah macam masuk rumah hantu. Argghhhh.. eeeeee,, ooooiii.. toloong tolong, macam kena ragut la pulak. Macam-macam ragam, terpekik terlolong, yang jatuh tersembam. Aduh.. hentam saje lah labu. Petang tu janji semua have fun.


Menjelang pukul 7.00 p.m alhamdulillah semua nya telah sampai, masing-masing sibuk membersihkan menyiapkan diri untuk aktiviti menjelang malam. Arghhh.. fobia aku kuantiti air sedikit, semua bilik guna air serentak kot sampai shower pun tak keluar air. Bercinta aku nak tunggu baldi penuh air. Terkejut aku ada orang tanya nak pakai macam nie malam nie.. boleh ke?? apa pulak tak boleh. Boleh jer, jangan tak pakai apa-apa sudah. Yang datang semua tu 95% semua nya bujang-bujang. Pak cik Rizalan aku perhatikan dah mula sediakan makam malam bbq sejak petang tadi. Servis pak cik aku memang betul-betul puashati. Makan, tempat tidur semua ok. Apa lagi nak kan.

Jam 8.00 p.m
Masing-masing sudah mula berkumpul di perkarangan bilik menanti rakan-rakan yang lain. Aku dan antara beberapa orang yang keluar awal sempat take over sekejap ganti tempat uncle Rizalan membakar menu bbq yang antara nya makanan laut yang menjadi pakej menu malam tu. Dalam lebih kurang 8.30 semua orang telah berada di dewan makan menanti acara di mulakan. Ehemmm.. punya lama tunggu MC, bila nak start nie?? dengar kata dah ada orang yang di pertanggungjawabkan, aku perhati pasangan MC dok melilau tolak sana sini. Apa jadi dah nie?? erkk.. dengan gagah nya seorang host memulakan acara tersebut dengan kata-kata ucapan yang berbaur pujian kepada semua orang. TAHNIAH!!! di selangi dengan doa acara pada malam tersebut di mulakan dengan makan malam sambil aktiviti berkaraoke sepanjang malam. 


Hidangan pada malam tersebut pada mula nya yang aku jangkakan macam tak cukup ternyata meleset. Banyak makanan berbaki pada malam tu. Acara yang lebih mengambil peranan pada malam tu, jadi makan nie diorang tak ambil port sangat. Sambil berkaraoke, ada yang melayan perbualan kisah yang aku sendiri tak tahu apa yang di perkata kan. Janji aku tengok muka semua orang gembira, kira ok la tu. Aktiviti menunjukan bakat memang tepat pada malam tersebut dengan wajah-wajah keceriaan yang terpapar pada wajah masing-masing. Masing tanpa segan silu bergilir-gilir ambil bahagian. Cuma peserta wanita agak kurang mengambil bahagian. Segan la, suara tak sedap la.. macam-macam alasan keluar. Next reunion sebut nama panggil sorang-sorang menyanyi. Lantak korang lah. Masih juga ada yang sudi singgah pada malam tu, orang nak datang memang aku alu-alukan. Dalam diam-diam sempat juga aku cilok masuk dalam bilik berehat jap dalam setengah jam. Hehee...

The biggest surprise pada malam tu ialah kek reunion ulang tahun yang pertama-tama kali nya. Masing sangat-sangat excited. Best wei, next reunion organiser pastikan ada acara nie. Simbolik benda nie. Tepukan untuk kejayaan ulang tahun yang pertama. Credit pada semua. Tahniah untuk masing-masing. Pukul 12.00 a.m acara akan melabuhkan tirai nya. Aku tengok budak-budak nie macam tak nak berhenti melalak. Nak layan sampai pagi kot. Kesian wei anak pak cik Dj tu dah mengantok esok nak sekolah lagi. Cukup-cukup la tu.



Selepas 12.00 a.m
Aku nak bercerita pun susah sebab lepas dari acara tersebut aku terus masuk bilik melayan mata. Jadi aku cerita base on cerita orang lain je la ye. Dengar nye selepas tu yang masih belum boleh melelapkan mata, mereka berkumpul meluahkan isi hati masing-masing. Hahaa.. topik perbincangan aku tak tahu sangat. Khabar nya cerita kisah-kisah lama,  kerjaya, diri masing-masing sambil mengenakan orang sehingga lah kepada hantaran kahwin. Perghhh,,, rugi aku tak join malam tu. 8k.. 10k.. 15k.. materialistik je semua tu. Duniawi, duniawi. Hahaa.. tapi dengar macam syok la juga. Kalau tak, tak kan sampai pukul 3.00 pagi kan. Lepas dari acara larut malam tu aku comfirm masing-masing dah check in untuk rehat kan diri untuk program keesokan nya. Good night.

04/03/12 8.00 a.m
Tak sangka aku begitu supporting diorang dengan program reunion pertama kali nie. Maklum lah julung-julung kali nya di adakan, masih banyak kekurangan dan cacat cela nya. Yang penting semua memang sporting habis, aku pun tak sangka memandangkan masing-masing dah lama tak berjumpa. Ye lah dah nama nya pun manusia, perangai pun boleh berubah-ubah. Takut jugak kang nie tak kena tu tak kena. Pening tu nak handle.


Pukul 8.00 pagi menu sarapan pagi nasi lemak dengan kiuh muih. Macam biasa bab makan semua khusyuk macam mentelaah pelajaaran. Sambil di selangi akitiviti bersembang dan berbual. Jom.. jom.. sesi show off dah nak bermula. Tempat semalam dah cari, jalan tak sampai 5 minit dah sampai. Macam-macam gaya, gimik dan bahasa tubuh ada. Yang tak pernah nampak pun ada. Korang tengok sendiri la gambar-gambar dekat bawah nie.



Nikon D90 menunjukan hasil tangkapan melebihi 700 lebih keping gambar. Wah.. angka yang mustahil bagi event kecil seperti ini. Semangat mereka yang menyertai sebenar nya melihatkan event kecil rasa besar. Masa yang semakin mencemburi tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk di tamatkan edisi yang pertama ini. Selepas sesi ini sudah ada bersedia untuk pulang. Di kesempatan tinggal beberapa jam sahaja lagi, ada yang mengambil masa untuk merehatkan diri di bilik masing-masing. Tidak cukup dengan itu masih ada lagi yang bersantai di pantai dengan aktiviti air.

Detik akhir reunion edisi pertama ini semakin hampir tamat apabila jam menunjukan hampir 12.00 tengahari. Menu makan tengah sebelum balik memang A. Kalau 1 hingga 10, aku bagi lapan. Nasi ayam uncle Rizalan memang tip top. Licin aku tengok budak nie kerja kan. Tidak di pastikan sama ada mereka semua memang lapar atau nasi ayam tu memang sedap. Rakan-rakan rata-rata nya mengusulkan pendapat yang sama. Selepas menjamu selera masing-masing beransur-ansur pulang. Aku dan beberapa yang lain antara yang paling akhir sekali bergerak. Program selepas dari bertolak pulang tak perlu lah aku cerita kan kerana ia nya bukan program rasmi event ini. Mengikut perancangan nya selepas dari check out dari chalet, ada beberapa program yang di usulkan. Tetapi memandangkan ia nya tidak mendapat sambutan, ia nya hanya progran tak rasmi untuk segelintir sahaja. Sekian...

Tahniah!!! semua aku ucapkan dengan semangat kalian semua untuk berkumpul semula.
Edisi pertama telah melabuhkan tirai nya, tetapi dah dengar macam-macam perancangan selepas ini.
Mudah-mudahan... yang penting kerjasama dan semangat kalian semua.
Ikuti perkembangan dari masa ke semasa di ruangan facebook.
Yang tak dapat sertai, insyaallah tahun berikut nya.
Inilah hadiah dari aku untuk kalian semua.
Tahniah!!!.. tahniah!!!.. tahniah!!!...

Datang dengan satu tujuan,,, pulang dengan sejuta kenangan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...