Total Pageviews

Friday, April 27, 2012

Hulagu Khan-khabar hitam dari timur

Kesibukan dunia kadang kala menyebabkan seseorang itu lalai terhadap perkara yang menjadi kebiasaan bagi seseorang sedangkan setiap orang mempunyai 24jam sehari kurniaan yang di atas sana. Agak lama juga meninggalkan tabiat membaca yang pada satu ketika hingga mencapai tahap air pasang. Bila tiba surut nya agak lama untuk mendapat panas semula. Kali ini setelah sekian lama, ini pula cerita nya.


Khabar hitam dari timur bukan kisah pahlawan Islam yang selalu aku kupaskan. Nama pahlawan berbangsa monggol ini terlipat kemas dalam lipatan sejarah kerana berjaya menumbangkan kerajaan bani abasiyah yang sekian lama telah memerintah selama 500 tahun. Cucu kepada penakluk agung Genghis Khan ini bercita-cita untuk menyambung perjuangan datuk nya untuk menakluki kota 1001 malam ketika itu di perintah oleh khalifah Al-Musta'him Billah yang di anggap seorang khalifah yang paling lemah dalam sistem pemerintahan khalifah dunia Islam.

Jatuh nya kota Baghdad di tangan bangsa monggol adalah titik noktah berakhir nya kerajaan bani absiyah. Selama 40 hari 40 malam Hulagu Khan meraikan kejayaan nya menumbangkan kerajaan bani absiyah. Kota Baghdad bermandikan darah, wanita menjadi mangsa kerakusan dan harta benda di rampas.

Peradaban Islam di asak hingga ke hujung tanduk namun semangat jihad berjaya di tiupkan semula untuk melawan kerakusan monggol untuk menakluki dunia. Siapa kah pahlawan Islam yang bergelar Saifudin Qutuz yang berjaya menyekat empayar monggol yang bercita-cita untuk menakluki mekah dan madinah? Kisah yang menarik untuk di ketahui apabila umat Islam berpecah lalai terhadap tanggungjawab mereka, musuh Islam sentiasa mengambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...