Total Pageviews

Saturday, April 14, 2012

A short journey at NESB

Awal tahun 2012, NESB adalah iklim baru bagi aku yang masih kurang pengalaman dalam industri seperti ini. Aku dah merasai pelbagai faktor cuaca, tetapi setiap kali berpindah ke rumah baru, pasti ia nya berlainan budaya. Kejutan demi kejutan memang biasa bila berada di dalam keluarga baru, pada hemat aku akan berasa selesa selepas bulan kedua kebiasaan nya untuk diri aku. Ada banyak kenangan yang mungkin aku sendiri sukar untuk lupakan. Jadi seperti kebiasaan nya, aku akan simpan dalam bentuk coretan yang semua orang boleh membaca nya.

Semangat kekeluargaan memang satu budaya yang menyenangkan untuk semua orang. Gelak tawa, berhibur dan gurau senda memang satu benda yang menakjubkan di sini. Aku sendiri dapat merasai sendiri walaupun semasa hari pertama menjejak kan kaki di rumah ini, tidak di pinggirkan seperti anak tiri yang tidak mendapat kasih sayang ibu angkat nya. Ibarat telah mengenali lama, tidak kekok untuk bergurau senda. Seronok bila di kelilingi oleh orang seperti ini yang pada pendapat aku sukar untuk di temui di tempat lain.

Bulan pertama, kedua, ketiga dan hingga bulan yang ke empat, perjalanan aku di sini berjalan lancar tanpa sebarang situasi yang memburukan keadaan. Semakin hari semakin selesa, dengan kerja dan kawan-kawan dan pergeseran yang mungkin tidak di ketahui oleh semua orang. Tetapi keadaan nya tidak lah seteruk yang di sangka, aku anggap ia nya biasa-biasa sahaja.


Keluarga NESB ini tidak lah besar tetapi mereka cukup erat menjalin persahabatan seperti adik beradik. Adakah pendapat aku di songsang dari kaca mata kalian? Aku tidak berkecil hati walaupun jawapan nya YA atau TIDAK. Itu lah istimewa nya tempat nie pada aku. Isu kerja dan tugasan tidak sama sekali akan aku sentuh. Semua nya pada ku ok dan tiada masaalah, masing-masing dengan kelebihan dan kredebiliti masing-masing. Satu persoalan aku pada korang semua. Macam mana penelitian kerja aku dari tafsiran korang semua sepanjang aku berkhidmat di sini?? Adakah cukup memuaskan hati atau sekadar pergi pagi pulang petang?? Sungguh, apa jawapan pun aku tidak langsung akan berkecil hati.


Panjang lebar bercerita, aku rasa amat bertuah bekerjasama, mengenali kamu semua di sini. Nor yang pada aku orang yang memainkan peranan penting dalam kemasukan aku dalam keluarga NESB. Terima kasih. Ex form 6 STMI yang rata-rata rakan dan kawan aku dia kenali. Mungkin sifat diri aku sendiri yang kurang menonjol ketika alam persekolahan menjadi penyebab kami tidak perasan berada di sekolah yang sama. Terima kasih juga atas segala tunjuk ajar selama aku berada di sini. Hang memang seorang hantu... hantu karaoke, hehee.


Lin dan kak Liza antara yang orang yang kerap kali berurusan setiap hari. Gelak ketawa yang banyak menghilangkan unsur tekanan semasa kerja. Antara yang paling banyak aku hubungi untuk urusan kerja. Kalau aku ingat Lin on the spot aku akan teringat petty cash la. Kalau kertas-kertas kuning confirm kak liza. Tender, cermin kereta pecah, tu semua kak Liza yang pada aku kedua-dua telah mencapai tahap seorang amah yang berjaya walaupun bukan berasal dari Indonesia, hahaa.


As dan Ida, dua orang budak praktikal yang memang tergila-gilakan tempat duduk aku. Tak faham aku di buat nya. Siap tanya bila nak keluar tiap pagi. Tak sabar nak halau aku keluar la tu. Tak pe, lepas nie korang boleh duduk situ puas-puas ye, hehee. Jangan rindu sudah. Selalu sangat ke sana ke sini, pusing sana pusing sini dalam pejabat tu, korang tak penat ke? Bab bergelak ketawa korang memang A. Boleh aje adapt apa sahaja topik walau tak berkenaan. Bab membeli sarapan pagi memang suka korang, dah macam despatch pun ada. Cerita masuk balai tu jangan korang ingat aku lupa, boleh gelak di buat nya, hahaa. Siap polis botak tu ajak makan tu kan, hehee. First day aku dekat NESB memang diorang lah yang datang awal untuk buka pintu pagar. Apa pun aku nak ucapkan terima kasih atas segala bantuan dalam meringankan kerja-kerja hakiki aku.


Aizat yang pada aku senior dalam NESB walaupun umur nya lebih muda dari aku. Kadang kesian tengok Aizat nie, macam-macam kerja kena buat. Dari segi kerja aku rasa yang lain-lain termasuk aku pun belum tentu boleh beat dia dalam operasi kerja. Cuma sikap merendah diri dan kurang melawan tu kadang kala di manipulasikan oleh orang lain. Banyak ilmu yang belum aku sempat ceduk dari ko Jat. Ada masa calling-calling la boleh lepak minum sekali.

Lain-lain aku jamak kan aje, boss, kak Ina, abang Ijan, cik Adi, Mamat, baby, adik Zarif dan Apin antara orang yang memeriahkan lagi keluarga NESB. Terima kasih atas tunjuk ajar selama berkhidmat di sini. Panel-panel barang tu tak payah la, banyak sangat nak sebut tu. Juga terima kasih pada semua anak buah aku a.k.a pekerja yang berada di lokasi yang memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang aku mengendalikan kalian semua. Walaupun pada mula nya aku lebih banyak di buli aje, hehee.


Thank you guys for the last moment event, present, friendship and others thing i cannot describe with word. It's very priceless to know you alls at NESB. Ini lah hadiah yang aku mampu untuk korang semua. Aku berharap dapat meninggalkan yang baik di sini. Selamat maju jaya semua nya...

Manusia datang dan pergi,
Yang patah tumbuh,
Yang hilang berganti,
Namun harus di akui,
Ada ketika di minda menjelma kembali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...