Total Pageviews

Tuesday, May 8, 2012

Miyota

Ini antara dua jam model citizen yang berada dalam koleksi sendiri. Kedua-dua nya dari model diver 200m. Tapi sejak dua menjak yang lalu, kemuskilan melanda kepala otak aku terhadap model pro master yang sorang nie. Untuk meredakan kemuskilan yang melanda. aku telah mencari penawar di google dengan harapan pain killer yang mampu membuang jauh kemuskilan nie.


Jadi aku telah membuat perbandingan dengan apa yang aku miliki. Sebelah kiri menggunakan enjin miyota cal 8200 dan sebelah kanan model pro master yang sepatut nya menggunakan enjin miyota cal 8203.


Ini jawapan yang aku terima bila kedua-dua caseback jam nie di buka. Kemuskilan demi kemuskilan pada pro master.


Dari hasil penerokaan google, cal 8200 dan 8203 miyota tidak banyak perbezaan dapat di lihat. Perbezaan yang paling ketara adalah pada rotor plate nya sahaja. 


Artikel yang di tulis dari mr thetick-thetick amat membantu aku membuat kesimpulan. Beliau pernah membuat ulasan tentang cal 8200 milik beliau yang sama dengan aku punya di sini. Semua nya seratus peratus sama seperti milik aku.
 

Kemuskilan aku pada si dia nie. Sekali lagi artikel mr thetick-thetick menjadi rujukan aku di sini. Perbezaan yang ketara di sini adalah pada rotor plate pro master aku nie dengan cop cal 8200A. Jelas-jelas menunjukan case back menunjukan cal 8203. Alamak.. adakah ia nya seperti yang aku fikirkan?? dan yang di takuti oleh semua penternak-penternak jam. Repliiii... takut nya nak sebut.. trauma atau rotor plate nya telah di tukar??


Lagi satu perbezaan adalah pada marker yang terletak pada kedudukan no 9. Ada sedikit perbezaan kecil dekat situ kalau korang perasan. Ada sesuatu yang kurang dekat situ. Sebenar nya yang menjadi persoalan di sini adalah ORI ke TAK ORI??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...