Total Pageviews

Friday, June 8, 2012

Erti pertemuan

Horology untuk perpaduan atau singkatan nya H4U telah melabuhkaan tirai nya. Pada ketika tiba saat nya, segala bentuk perbezaan di ketepikan demi mencapai matlamat utama nya "horolgy untuk perpaduan". Acara yang berlangsung pada 3 JUN 2012 ini telah di hadiri oleh seluruh peminat jam di Malaysia yang berkumpul di Akademi Kenegaraan Jalan Bellamy Kuala Lumpur. Acara ini di adakan kali kedua selepas yang pertama pada tahun 2010. Acara unik seperti ini secara tidak langsung menarik perhatian media masa untuk membuat liputan.


Media cetak pula khabar nya telah beberapa kali mengeluarkan artikel tentang komuniti Watch Idiot Savant di akhbar. Keratan akhbar di bawah di keluarkan pada akhbar utusan pada 5 JUN 2012 keesokan hari nya setelah acara ini tamat.


Acara seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan ikatan persahabatan antara mereka yang sebelum ini hanya berhubung melalui media sosial facebook. Komuniti ini bergiat aktif dalam membahaskan isu-isu, maklumat dan paduan dalam kumpulan facebook dunia jam dan kelab peminat jam vintage Malaysia.



Kemeriahan sungguh terasa apabila bertemu kali pertama dengan rakan media sosial terutama blogger-blogger jam di Malaysia. Acara kali ini juga berlangsung dengan meriah dengan penganjur yang berjaya mendapatkan penaja untuk mengikuti sama dalam acara-acara seperti ini antara nya dari Red Army Watch dan Halda Watch.




Koleksi jam yang banyak tidak boleh di ungkapkan dengan kata, masing-masing tidak lokek berkongsi ilmu dan tunjuk ajar. Koleksi-koleksi hebat dari pengeluar jam dari timur seperti Seiko, Orient, Citizen dan Casio tidak terkira banyak nya menghiasi meja-meja pameran. Tidak kurang jenama-jenama mewah dari eropah antara nya Rolex, Omega, Oris, Titioni dan nama-nama besar pengeluar jam dari Switzerland.
 







Kisah pertemuan ini memberi erti yang cukup bermakna sekalian peminat sehobi. Horolgy memberi gambaran tiada had usia dan perbezaan pandangan untuk perpaduan. Walaupun kadang kala kita sendiri segan silu dengan ilmu dan koleksi, sebenar nya pendapat ini bercanggah sama sekali dan ia nya telah di buktikan pada h4u 2012 tahun ini. Selamat maju jaya.

3 comments:

  1. KP... tq very much..mase mencemburui utk bersuai kenal
    maybe next time..
    Pak syed; tq.. tq.. nice to meet u

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...