Total Pageviews

Wednesday, October 17, 2012

PREVIEW CASIO EASY REC 1588

Dulu masa kecik-kecik tengok ultraman, nak jadi ultraman. Tengok cerita gaban, dah tukar pulak nak jadi gaban. Sampai satu tahap dah tak tau nak jadi ape dah. Semua dah merasa jadi. Hahaa.. Itu lah dulu corak pemikiran budak tahap 1 dan 2. Macam tu lah juga dengan hal yang satu nie. Minat jam automatik aje konon-konon nya la. Nampak digital beli jugak, nampak quartz pun beli jugak. Hahaa..

Bila lama tak pegi kedai jam, sampai satu tahap akan ada satu perasaan nak juga kena pegi. Konon-konon nya nak update tengok-tengok stok jam baru dekat kedai, tapi dalam masa tengok-tengok tu la selalu terjadi ringan aje tangan keluar note-note polimer ringgit Malaysia. Model perakam suara Casio nie tak lah semahal mana, tapi agak seronok juga bila di pakai.


Dapat beli dua model dengan harga pukal, NOS lagi. Kadang-kadang dalam bab tawar menawar nie kena bertegas sikit sebab kadang-kadang harga tak masuk dek akal. Lepas taukey kedai tu kena selotok, sembur fuhh kiri fuhh kanan, bukan main suka dalam hati nie kata " yesssss, taktik aku menjadi" hehee... kotak dengan buku manual yang dah kekuningan tu masih ada lagi. Sebelah kiri tu model 1588, sebelah kanan model 1589.


Hari nie nak cerita sikit-sikit yang model 1588 nie, model 1589 tu lain hari lah. Model 1589 rekod paling pantas jam aku di beli orang lepas aku beli jam tersebut. Tak sampai 24jam berada di tangan, pemilik baru nya dari Lumut, Perak. Kalau tak silap la, model 1588 nie adalah model yg pertama Casio easy record. Jadi tak mustahil lah fungsi nya masih banyak lagi kekurangan dari model selepas nya.


Belakang caseback ade tulis jenama, model, V1 tu version 1 kot dan made in Japan. Sekarang jam Casio semua made in China, nak cari Thailand punye pun susah. Lubang-lubang dekat belakang untuk bunyi speaker keluar. Mula-mula aku sendiri pun tak tau. Sah-sah lah jam nie kalau celup dalam air lemas.


Gambar nie paling aku suka. Nampak sangat identiti jam yang di namakan sebegitu rupa. Simbol REC dan PLAY tu selalu sangat nampak dekat radio kaset masa kecik-kecik dulu. Masa yg di peruntukan untuk merakam suara selama 30 saat sahaja. Cukup lah kot.


Tekan LIGHT terus menyala lampu biru tu. Dah biasa dengan luminous, saje tukar angin pulak.


Kertas kuning dengan terjemahan 8 bahasa yg berlainan yang menyatakan perlu nya jarak 5cm antara mulut dan mikrofon untuk merakam suara. Tu aje mamat Jepun nie nak cerita..?? print dekat Jepun. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...