Total Pageviews

Monday, November 26, 2012

ORIENT LIGHT POWERED 4000 SCUBA DIVER

Jenama Orient agak kurang popular dengan teknologi solar untuk jam-jam tangan keluaran mereka. Jika di dapat di lakukan sedikit pencarian di internet, model yang di kenali sebagai light power 4000 agak banyak juga model yang di keluarkan, tapi sambutan nya di kalangan peminat agak pudar berbanding jenama Citizen yang cukup terkenal dengan teknologi eco-drive untuk jam-jam keluaran mereka.

Ihsan google
Rajin juga aku mencari model-model vintage, new old stock yang jarang keluar pada posting facebook rakan-rakan bertujuan untuk mencari kepelbagaian dalam minat. Tidak semesti nya kena membeli, banyak lagi sumber yang boleh di gunakan dalam mencari kepelbagaian dari ilmu dalam hobi kita bermain. Koleksi rakan-rakan, perkongsian laman sosial dan juga carian internet koleksi pengumpul luar negara.

Ihsan google
Model Orient light power 4000 untuk penyelam skuba nie agak rare di kalangan kolektor jam. Sungguh aku tak jangka Orient ada keluarkan model macam nie sehingga terpacul daru mulut aku "Orient ada keluar kan model macam nie ke??" Thread di forum walaupun sedikit tentang jam nie tapi memang membantu. Memang Orient ada keluar kan model utk penyelam skuba nie.

Lume shoot by google
Memang di akui model jam dengan pacuan enjin quartz kurang memberikan nilai yang berbaloi untuk pelaburan tapi ada juga yang masih mempunyai nilai jualan balik yang agak bagus untuk model-model seangkatan dengan nya. Model nie pada aku amat menarik, atas sebab itu aku cuba sedikit preview untuk perkongsian. Walaupun pada sesetengah orang mungkin kurang meminati model quartz, tapi untuk aku tiada kasta dalam hobi ini. Gambar yang aku paparkan mungkin boleh menceritakan serba sedikit tentang jam nie.

** Untuk preview sahaja, jam tersebut bukan milik aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...