Total Pageviews

Monday, March 21, 2011

Mereka yang lahir pada tahun 80'an

Jam tangan Boy London
Budak-budak yang lahir pada tahun 80'an
Mesti ingat masa sekolah rendah dahulu:

1. Di sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pun macam tu juga.


2. Dekat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gambar saje. Bila ada program Nilam, semua sibuk nak pinjam buku.

3. RMT (Rancangan makanan tambahan) dekat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pun join RMT, tak faham??

Tora
4. Pakai pensel box yang boleh buka depan, belakang dan ada sharpener dekat tengah-tengah pensel box tu.

5. Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itu fungsi sebenar, unttk memadam.

6. Pakai pembaris yang bergerigi, dekat dalam ada air di tambah dengan ada benda berkilat dlm air tu (gold dust).

7. Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang di tengah-tengah tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun dekat situ.

8. Bulu ayam jadi ramping kerana sering di jadikan rotan.

 9. Masa pendidikan seni, lukis semua boleh tapi bila masa mewarna semua teruk. Ada juga buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la.


10. Main game 2D, super contra, super mario, street fighter, semua pakai tape.

11. Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar warna ikut suhu dan cuaca.

12. Takut suntikan BCG.

Siri Power Rangers yg per1 "Mighty Morphin Power Rangers'

13. Balik sekolah beli JoJo,  Dendang, Tora. Beli semata-mata nak kan mainan, coklat dalam kotak tak makan pun.

14. Kasut berlampu dekat tapak, yang iklan dekat tV boleh tembak alien.

15. Siri kartun power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, thundercats, maskman, Gaban dan macam-macam lagi.

Jangan lupa semua nie sebab budak-budak zaman sekarang tidak sempat merasa semua yang kita rasa. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yang kekal.

***** Dash Yonkuro evergreen memory



5 comments:

  1. entry yang menarik, teringat balik time2 dulu masa kecik-kecik... jom lawat dan follow blog saya pula...

    ReplyDelete
  2. hehehe.. i like.. teringt lu zman dak2.. huwaaa.. mish dat momment.. i like sailormoon.. dng kuase bulan.. akan mnghukummu.. :p

    ReplyDelete
  3. yup u r rite..then gune gam kanji 20sen tu..klu xda gam..tepek gune nasik pon jd la..haha..mirror sharpener la..ekeke..knon2 leh nmpak la muke kat citu..ase nye sbelah mate je kot leh muat..hahaha.

    ReplyDelete
  4. salam... blog yang menarik... kita sama anak muar.. meh fllow blog saya http://ruffequemujilan1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. teringat jam boy london tu..masukkan dalam peti sejuk..pastu panaskan balik dalam tangan...semata2 nak tgk perubahan warna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...