Novel yang mengisahkan seorang pejuang tamadun Islam sekitar tahun 1174-1193 pemerintahan beliau. Beliau yang di gelar sebagai 'SALADIN' di negara barat yang terkenal dengan kebolehan nya sebagai teraju pemerintahan dan ketangkasan dalam peperangan di sertai dengan semangat kesatrian 'JIHAD' dan belas kasihan semasa perang salib untuk merampas semula 'Baitul Maqdis, Palestin' setelah 80tahun berada dalam cengkaman tentera salib. Sifat zuhud nya juga amat di kagumi oleh orang Islam serta sekutu nya. Semasa pemerintahan nya, wilayah jajahan beliau sehingga ke timur tengah. Beliau juga berjaya menyatukan negara Islam dengan tiupan semangat jihad untuk merampas semula Bailtul Maqdis dari pihak tentera salib.
Tugu peringatan Salahudin di Damsyik, Syria |
Sejarah kebangkitan beliau menentang tentera salib bermula sejak dari kecil lagi. Menerima latihan ketenteraan dari bapa saudara nya 'Shirkuh' yang menetang kerajaan Fatimiyyah yang akhir nya tumpas dan di lantik menjadi panglima tentera Syria yang bertanggungjawab melindungi kerajaan Mesir dari serangan tentera salib. Seterus nya setelah khalifah Mesir meninggal dunia beliau di lantik menjadi panglima tentera kerajaan Mesir dan di lantik menjadi sultan Mesir selepas kewafatan Nur Ad-din. Semasa menjadi sultan, beliau sendiri memikul tanggungjawab sebagai panglima tentera kerajaan Mesir. Beliau mengasaskan kerajaan Ayubiyyah dan mengembalikan ajaran alhi sunah wal-jamaah.
Sejarah penentangan tentera salib yang di ketui oleh Salahudin bermula selepasa menguasai wilayah-wilayah sekitar kerajaan Mesir antara nya Damsyik, Aleppo, Mosul, wilayah Syria. Kemuncak penentangan Salahudin terhadap tentera salib ialah peperangan Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja-raja negeri salib serta Raymond dari Tripoli. Tentera salib yang letih dan dahagakan air mudah di tumpaskan oleh tentera Islam. Dalam peperangan tersebut Salahudin sendiri memancung kepala Raynald panglima tentera salib yang bersumpah untuk membunuh nya dengan tangannya sendiri. Kekalahan tentera salib di Hattin menjadi satu titik perubahan dalam sejarah tentera salib dan tentera Islam. Selepasa tamatnya perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas semula Baitulmaqdis (Jerusalem) pada 2 Oktober 1187 setelah hampir 88 tahun di kuasai oleh tentera salib.
Masjid Al-Aqsa kubah berwarna hitam manakala kubah berwarna emas adalah masjid Al-Qubbatus Sakhra(Dome of Rock) |
Perang Hattin serta kejayaan tentera Islam menawan semula Baitul Maqdis mengakibatkan terjadinya perang salib ke-3 yang di biayai di England melalui cukai khas yang di kenali sebagai 'Cukai Salahudin'. Tentera salib berjaya menawan semula Acre dan tentera Salahudin bertempur dengan tentera Raja Richard dari England dalam perang Arsuf. Kedua-dua pemimpin yang amat menghormati antara satu sama lain bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perampuan Raja Richard, Joan dari England dengan adik lelaki Salahudin, Al-Adil dan kota Baitulmaqdis menjadi hantarannya tetapi rundingan tersebut gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama kedua-dua pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam perjanjian Ramla pada tahun 1192 di mana kota Baitulmaqdis terus berada di tangan orang Islam tetapi di buka oleh penganut kirstian. Perjanjian tersebut menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa. Salahudin Al-Ayubi wafat pada 4 Mac 1193 di kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard.
***Filem Kingdom of heaven, Saladin animated series
Jika pernah menonton kedua-dua cerita ini. Kisah Salahudin Ayubi memang menarik untuk di KETAHUI. Amat banyak teladan, panduan, sifat peribadi beliau yang boleh di jadikan panduan untuk kita. Sifat ZUHUD dan KEBERANIAN nya amat saya kagumi. Novel yang berharga RM26.90 amat berbaloi untuk di miliki. Berbaloi dengan kandungan yang anda bakal DAPAT dalam novel ini.
Kata-kata nya: "SESIAPA YANG MENGUASAI PALESTIN, DIA MENGUASAI DUNIA"
Cuba renung dan fikirkan APA yang berlaku pada ketika ini, di kala JERUSALEM di kuasai oleh SELAIN umat Islam??
Tajuk : Salahudin Ayubi Penakluk Jeruselam
Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Halaman : 289 ms
Harga : RM26.90
Tajuk : Salahudin Ayubi Penakluk Jeruselam
Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Halaman : 289 ms
Harga : RM26.90
No comments:
Post a Comment