Anime hebat ini amat popular pada tahun 1990 an. Bermula dengan jalan cerita anime yang memang wajib tonton seminggu sekali, membawa pula kepada permainan perlumbaan kereta mini 4wd dash yonkuro yang melambak di jual di kedai-kedai permainan, pasar malam, kedai runcit & juga kedai buah... hahaahaaa
Pada zaman kegemilangan nya, terlalu sukar untuk menidakan pengaruh nya di kalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa pun terjebak sama, inikan pula kanak-kanak. Model-model karekter utama nya menjadi kegilaan golongan fanatik tegar mini 4wd dash yonkuro yang konon nya laju padahal tahap kelajuan model-model standard yang di beli dari kedai semua nya sama.
Jom recap balik karekter-karekter utama anime nie:
Dr kiri: Tankuro, Yonkuro, Shinkurou, Rinko, Pankuro |
*Emperor, Super Emperor, Great Emperor, Liberty Emperor, Geo Emperor, Formula Horizon (keta ni lak kalo xclap aku dia guna skali ja. tu pon time last skali.)
2nd Tankuro (yang gemuk)
*Hot Shot Jr, Burning Sun, Neo Burning Sun/Burning Sun, Wild Saurus, Blazing Sun
3rd Shinkurou Minami (sideburn panjang)
Falcon Jr. Custom (6V remodelled car), Shooting Star, Super Shooting Star
4th Pankuro (rambut punk belang)
*Super Dragon Jr, Super Dragon Jr., Cannonball Wail
5th Rinko Sumeragi (satu2 nya watak perempuan)
Hornet Jr., Dancing Doll, Dame the Dancing Doll
Original line up mini 4wd dash yonkuro |
Dari kiri: Dancing doll, Burning sun, Canon ball, Emperor, Shooting star
Karekter popular lain:
6th Jimi Kidonen (Inji) - watak jahat
Dash X-proto emperor ZX |
Pada zaman nya mini 4wd nie di jual dengan harga lebih kurang 10 ringgit Malaysia dari jenama Auldey. Kalau nak beli jenama Tamiya tu memang tak mampu. Harga nya dekat RM100. Tapi kalu dapat pakai... fuhhh, memang belagak habis.
Nilai RM10 memang agak besar pada masa tu, macam cara nak cari duit nak beli benda nie. Sampai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli model idaman, tak makan pun tak pe... huh
Modified
Macam-macam cara aku tengok engineer-engineer muda nie modified kereta mereka. Antara yang popular, part kereta yang asal di kacukan dengan kereta lain. Potang sana potong sini. Tukar enjin asal kepada enjin berkuasa tinggi dari model Tamiya (enjin warna hitam, amat popular pada masa tu). Bateri, kalau nak lumba mesti nak pakai yang mahal, energizer, alkaline, get ready, paling cabuk pun bateri RM1. Semua nie di buat dengan cara hand made, pakai segala yang ada, pisau, gunting, screw driver & lain-lain. Jadi versi kereta asal kereta tersebut akan berubah menjadi versi yang ntah ape-ape. Tapi amat-amat seronok untuk di lakukan. Aksesori-aksesori tambahan pula semakin melambak di kedai seperti tayar span, roller, bumper, plastik case yang lebih ringan membuatkan kereta tersebut kelihatan bersebut dengan aksesori. Secara jujur nya aku lebih menyukai model tersebut di biarkan ikut spesifikasi asal kerana ingin menampakan ketulenan nya, Kalau nak di upgrade sekalipun, biar lah pada prestasi nya sahaja tanpa perlu make up bahagian luaran. Baru lah rare kan...
Secara am nya boleh di katakan siri anime dash yonkuro dan mini 4wd nie masih lagi segar di kalangan yang pernah merasai aura nya. Jika di lihat dalam blog-blog dan forum-forum, sungguh banyak entri pasal siri anime dash yonkuro. 4wd masih lagi mendapat perhatian penggemar nya, masih banyak terjual di alam-alam maya di seluruh dunia. Aku sungguh bertuah kerana tergolong di kalangan antara mereka semua.
Antara model dash yang pernah aku miliki ialah magnum (kereta per1 di beli), burning sun, emperor, proto emperor ZX (tukar dgn kawan), super emperor, avante, horizon. Antara model yang menjadi fav adalah:
Dash X-Proto emperor ZX |
Horizon |
Mane nak cari complete line up model 4wd nie semua skg nie?? |
kat mane kedai yg jumpa ada jual model lame2 2??
ReplyDeletemasih boleh cr di outlet Tamiya..
ReplyDeletekalau bernasib baik boleh dpt model NOS-new old stock yg masih tidak terjual...
tp utk dptkn model2 collector mmg agak sukar..
harga pun boleh thn mahal..
kat jepun stil jual lagi model2 dash yankuro nie..
ReplyDeletemasih ade lg.. tp di Malaysia harga nya mahal
ReplyDeletekt fb ade jual tamiya ni namenye tamiya mini shop...
ReplyDeleteSaye ad 2 bijik super emperor...bru bli dr jepon..
ReplyDeletejepun mhl x
DeleteSy pun ada. Model Liberty Emperor limited edition. Harga pun mmg rare.
ReplyDeletewww.omegabola.com
ReplyDeleteNO HP: +855977588708
PIN BBM: 2C0FADC5
LINE: OMEGABOLA