Total Pageviews

Saturday, July 16, 2011

Kisah tentang mereka yang telah bertemu dengan cinta nya

Akhir nya ku temui cinta mu...
...Lalu aku pun memeluk Islam


Hampir seminggu aku cari buku nie di toko-toko buku di bandar setelah melihat nya di akhbar-akhbar tempatan. Akhir nya berjaya dapat kan sebuah dengan harga nya yang cukup berbaloi RM12.90. Rasa nya nie lah buku yang paling cepat aku habiskan pembacaan nya setebal lebih kurang 200 mukasurat. Beli pada sebelah pagi dan habis membaca pada sebelah malam dan terus aku kongsi kan nya di sini sementara rajin.

Aku memang minat artikel-artikel seperti ini tak kisah lah di akhbar atau pun majalah. Atas sebab itu apabila aku mengetahui sebuah buku yang di terbitkan oleh produksi Al Islam berkisar tentang artikel yang aku minati, cepat-cepat aku mencari nya di kedai-kedai buku.

Buku ini tidak lah sehebat novel Harry Potter sanjungan dunia hasil nukilan J K Rowling. Tapi pada aku isi nya cukup bernilai untuk di baca. Koleksi artikel mengenai orang-orang yang telah menemui cinta terhadap Allah swt, lalu mereka memeluk Islam cukup untuk membuat kan perasaan teruja untuk membaca nya. Mungkin pada orang lain ia nya sekadar perkongsian yang biasa-biasa sahaja, tetapi pada aku tidak.

Daripada tajuk nya semua akan tahu bahawa ia nya akan berkisar tentang cerita saudara baru yang memeluk Islam. Tapi pada aku ia nya lebih dari itu antara nya:

1. Pandangan mereka terhadap Islam sebelum mereka bergelar seorang muslim.
2. Bagaimana keindahan Islam itu sendiri membuka hati mereka untuk bergelar seorang muslim.
3. Kisah kehidupan mereka sebelum dan selepas bergelar muslim.
4. Konflik yang mereka hadapi selepas bergelar muslim

Ini adalah hanya sebahagian di antara nya sahaja. Kisah-kisah mereka ini amat sesuai untuk di jadikan panduan kepada kita yang secara zahir batin nya sudah bergelar muslim sejak dari lahir. Kadang kala merasa kan bahawa sendiri masih cetek ilmu tentang Islam walaupun ada asas agama sejak dari lahir. Terpaku melihat saudara baru tahap ilmu nya tentang Islam itu sendiri lebih tinggi berbanding seorang muslim sejati. Segala perkongsian tentang diri mereka sebelum dan selepas mereka bergelar seorang muslim pada aku satu yang amat bernilai. Cuma yang aku sedikit kecewa ialah masih kurang nama-nama yang besar yang menemui cinta nya terhadap Islam tidak di muatkan dalam buku cetakan pertama ini. Ia nya hanya di ulas secara umum sahaja mukasurat awalan buku. Mungkin akan ada keluaran siri ke2. Mana lah tahu... Insyaallah ameen

Jazakallahu khairan khateera

Tajuk : Akhir nya ku temui cinta mu, lalu aku pun memeluk islam
Penulis : -
Penerbit : Produksi Al Islam
Harga : RM12.90

2 comments:

  1. as-salam.

    There's another book with the same message, with some of the famous name also.
    please find this, "Allah is calling".

    Another thing is, i would like to recommend you to join CRS (comparative religion study) or FCR (friendly comparative religion) by Bro Lim Jooi Soon or Bro Shah Kirit.

    RAsa lebih 'terpana' apabila bersemuka dengan mereka. inshaAllah. Boleh juga cari NGO nih, Pertubuhan IKRAM malaysia atau PERKIM yang anjurkan kursus2 perbandingan agama.

    They, who just found His love..were start by comparing their religion, if we can't answer it..tak ke RALAT SANGAT-SANGAT?

    ReplyDelete
  2. tq..
    akan cuba cari buku tu bila ade kelapangan..

    wow.. hebat
    terasa juga ingin face to face dgn mereka yg telah berjumpa dgn hidayah nie..
    mungkin byk yg boleh di kongsi.. berbanding dr pembacaan yg sumber nya terhad..

    tq bro

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...