Total Pageviews

Saturday, October 29, 2011

Kisah biji getah masa kecil

Gambar pinjam
Kisah biji getah mula menerjah semula dalam benak fikiran tatkala sedang asyik membaca surat khabar di hujung minggu. Terselak tentang artikel berkaitan dengan biji getah di mana ada satu kempen dari jabatan yang berkenaan menyeru orang ramai yang menetap di kampung untuk mengumpul dan mencari biji getah dan di jual. Ia nya bertujuan untuk mencari benih pokok getah yang berkualiti akibat dari kekurangan sumber benih yang berkualiti di negara ini.

Selepas habis membaca artikel tersebut, terasa ada sesuatu yang mungkin menarik boleh di kongsi kan tentang cerita biji getah ini. Sebagai anak kampung memang aku ada terlibat secara langsung semasa kecil tentang cerita biji getah yang hendak di kongsikan. Antara nya;


1. Main laga biji getah

Masih teringat lagi masa kecil dahulu main laga biji getah. Peraturan nya mudah, boleh di main kan dengan ramai orang sekalipun. Mula-mula perlu di tetapkan berapa jumlah biji getah dalam simpanan setiap pemain. Selepas itu para pemain akan mulakan proses mencari biji getah masing-masing. Kebiasaan nya mereka akan cari di tempat yang berasingan, biasa nya jika pencarian di lakukan di lokasi yang berhampiran dengan pemain lain akan berlaku sedikit perlingkahan kecil untuk menentukan milik siapa kawasan berkenaan. Proses mencari biji getah yang berkulit tebal ini sebenar nya yang menguji tahap kehebatan para pemain. Kebiasaan nya kriteria yang di ambil kira ialah biji getah yang masih baru dan baru pecah dari cengkerang nya.

Gambar pinjam
Apabila semua pemain sudah mengumpulkan jumlah biji getah yang di tetapkan, mereka akan berkumpul dan bermula lah pertarungan biji getah siapa yang paling handal. Biji getah kedua-dua pemain akan di rapatkan dan di pegang menggunakan tangan dengan di alaskan oleh permukaan yang keras. Biasa nya kayu atau batu. Selepas itu biji getah akan di kena kan satu daya hentakan menggunakan tangan ke atas biji getah yang di rapatkan tadi. Biji getah pemain yang pecah di kira kalah, dan mereka akan bertarung dalam beberapa pusingan untuk menghabiskan jumlah simpanan biji getah pemain. Pemain yang terakhir masih ada biji getah tidak kira berapa jumlah dalam simpanan nya di kira sebagai pemenang.

2. Kipas daripada cengrekang biji getah

Satu lagi pemikiran kreatif budak-budak zaman dahulu. Pernah lihat seorang yang boleh di panggil kakak buat benda ini. Cara nya mudah, cari dua cengkerang biji getah. Posisi kan bahagian yang boleh menakung air berlawanan dengan cengkerang yang satu lagi. Rapatkan  kedua-dua cengkerang tersebut sehingga ketat supaya tidak tercabut bila di tiup. Pegang gunakan kedua-dua jari telunjuk kiri dan kanan pada bahagian hujung cengkerang tersebut dan tiup ke arah bahagian cengkerang yang melengkung ke dalam. Ia nya kan berpusing seperti kincir angin.

Gambar pinjam
3. Kutip biji getah untuk di jual

Dahulu aktiviti ini di lakukan secara sambilan sahaja. Bukan nilai wang yang di cari tetapi sekadar memenuhi aktiviti lapang sambil mencari duit kocek. Kebiasaa nya akan ada pembeli yang datang pada hari yang di tetap kan tiap-tiap minggu. Se ingat aku, kalau dalam seguni biji getah dapat lah dalam lingkungan RM10++. Tak tahu pula berapa harga biji getah masa tu sekilo. Untuk mencari seguni biji getah bukan satu proses yang senang, atas sebab itu juga lah ada mencari biji getah ini mencari secara berkumpulan. Hasil nya akan di kumpulkan menjadi satu.

4. Lain-lain tentang biji getah

Antara permainan ain yang mempunyai unsur biji getah adalah congkak dan lastik. Congkak dahulu di mainkan di atas tanah dan pengganti bagi guli untuk permainan congkak ini adalah biji getah. Bagi budak lelaki pula biji getah memang tidak asing lagi pada mereka yang mempunyai lastik. Biji getah adalah sumber peluru selain batu.

Gambar pinjam
Dahulu pada waktu panas terik selalu dengar cengkerang getah meletup secara bersahut-sahutan di kebun-kebun getah kerana budak-budak dahulu tempat permainan hakiki nya di kebun-kebun. Kerana itu lah cara pokok getah membebaskan benih nya ke tempat lain selain di bawa air entah ke mana. Yang tidak tahu, biji getah akan terapung bila berada di air. Orang-orang dahulu pun banyak membina tempat duduk, pondok berhampiran kawsan kebun sebagai tempat mengambil angin waktu tengahari dan tempat bersembang minum kopi waktu petang. Cengkerang biji getah juga boleh di gunakan sebagai bahan bakar bersama sabut kelapa dan tempurung kelapa untuk membakar bahulu di sebabkan sifat yang keras dan tidak lambat habis bila di bakar

Ada juga menu yang berasaskan biji getah pada waktu dahulu. Jika ada kelapangan pada masa akan datang, insyaallah akan aku akan kongsikan.

2 comments:

  1. pemikiran kreatif bdk dulu2..
    mana tak nya..
    alam semula jadi jd tempat mainan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...