Total Pageviews

Tuesday, November 29, 2011

Khalid memburu syahid


Pahlawan pedang pedang Allah. Itu lah gelaran yang di beri nabi Muhammad s.a.w kepada Khalid setelah memeluk Islam. Cahaya iman nya bermula selepas memdengar nabi membaca al-quran. selepas dari peristiwa itu Khalid yang sebelum ini seorang yang begitu memusuhi Islam menjadi duri dalam daging bagi kaum musyrikin mekah setelah memeluk agama Islam.

Rentetan kisah kejayaan Khalid di medan perang adalah selepas di lantik menjadi panglima tentera Islam oleh khalfah Abu Bakar. Sepanjang beliau memimpim tentera Islam, beliau tidak pernah kalah walau sekali pun di dalam peperangan yang di pimpin oleh beliau. Antara nya perang muktah dan yarmuk di antara tentera Parsi dan Rom.

Khalid meninggal dunia sebagai seorang rakyat biasa selepas di lucutkan jawatan sebagai panglima tentera Islam oleh khalifah Umar selepas kewafatan khalifah Abu Bakar. Tempat nya di gantikan oleh Abu Ubaidah. Cita-cita nya untuk syahid di medan perang tidak kesampaian walaupun selepas di lucutkan jawatan beliau masih mengikuti perang sebagai tentera biasa. Nabi Muhammad pernah mendoakan Khalid bahawa beliau tidak akan tewas di medan perang. Saifullah adalah gelaran yang di beri nadi kepada nya.

Tajuk : Khalid memburu syahid
Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Halaman : 289 ms
Harga : RM26.90

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...