Seorang blogger memberikan komen supaya aku mencari buku ini kerana ada luahan sedikit kecewa yang aku tampilkan dalam entri tersebut. Agak lama juga aku mencari akhir nya aku jumpa di sebuah kedai buku sekitar bandar Muar. Aku belek dulu sebelum beli, aku lihat buku ini isi kandungan nya lebih dari buku yang sebelum ini aku baca dengan terdapat sedikit ulasan tentang agama Islam di seluruh dunia. Menarik!!
Figura yang di tampilkan dalam buku ini lebih menjurus kepada figura di luar negara yang telah memeluk Islam sebagai agama pegangan terakhir mereka. Konsep penceritaan lebih kurang sama, sebelum, setelah dan selepas memeluk Islam. Antara nama besar yang di tampilkan ialah Lauren Booth, adik ipar kepada Tony Blair bekas perdana menteri Britain, Malcom X, Dr Murad Wilfried Hoftman, Syeikh Yusuf Estes, Dr Maurice Bucaille, Dr Bilal Phillips, Dr Roger Garaudy dan beberapa nama besar yang lain. Mereka ini adalah figura yang memberi kesan terhadap dakwah Islam di merata tempat sekitar Eropah dan Amerika.
Apa yang menarik tentang buku ini adalah ulasan penulis tentang pergerakan Islam sekitar Eropah yang semakin mendapat perhatian masyarakat yang selama ini memandang Islam adalah agama yang berunsurkan keganasan. Selain itu di ceritakan juga bagaimana musuh dunia Islam memijak-mijak Islam dengan sewenang nya sedang dunia hanya melihat dan duduk diam tanpa apa-apa tindakan. Isu Palestin, Israel Amerika, Soviet Union dan beberapa lagi negara Asia yang pernah menerima kedatangan Islam juga turut di sentuh menjadikan jalan cerita mengenai mereka yang memeluk Islam ini menarik dan mempunyai maksud di sebalik nya. Harap ada lagi buku mengenai kisah-kisah seperti ini yang boleh aku baca tak kisah lah dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Malaysia jika mereka yang di luar sana pernah membaca nya. Wallahualam.
Penulis : Zainudin Hashim
Penerbit : Kemilau publika sdn bhd
Harga : RM18.00
No comments:
Post a Comment