Terima kasih la uncle Seng yang bagi aku pegang jam nie buat lepas gian sejam dua. Sambil-sambil tu sempat juga la aku snap empat lima keping gambar untuk buat preview dalam blog. Ini lah kerja aku, kalau ada masa lapang rajin juga membanci kedai-kedai jam sekitar daerah Muar/Ledang. Kedai uncle nie memang agak kerap aku kunjungi yang pada hemat aku agak sporting orang nya, senang di ajak sembang pasal jam. Ada juga dua tiga ketul jam aku yang di hantar servis di dekat kedai dia nie. Dalam Muar kedai nie jer authorized dealer jenama Citizen dan Rado.
Nampak harga nya, RM1700 sebelum diskaun. Boleh bagi 30% diskaun kata nya. Korang kira sendiri lah tinggal berapa dengan 30% diskaun tu. Mana-mana kedai aku pergi pun harga tu lah pada tag nya. Tapi diskaun tu bergantung pada kedai. Rata-rata 20%, hingga 25%, tak lebih dari tu. Pandai bodek skali pun tahap keras kepala tokey kedai kadang kala menyebabkan mood membeli cabut lari. Ada meter power reserve selama 40 jam, cermin pakai sapphire crystal dan penunjuk tarikh pada angka sembilan.
Bezel nampak menarik sudut pandangan sisi. Rekabentuk cushion case yang gagah dan solid. Sesuai dengan nama timangan nya M Force (Mechanical Force). Crown pada angka empat bersaiz agak besar memudahkan lagi kerja membuka dan mengunci semula pada kedudukan asal. Terpikat aku dengan logo dua ekor singa Orient dekat crown tu.
Bracelet stainless steel dengan diameter yang agak lebar. Cukup kena dengan diamater jam yang berukuran 46mm. Safety clasp, perkara biasa bagi jam-jam diver. Dalam kemabukan aku mengambil setiap posing m force nie, boleh terlupa nak snap semasa posing dekat pergelangan tangan... huh. Cukup terasa bila di sarung pada tangan.
Jantung nya menggunakan enjin Orient cal 40N5A Japan. Pergerakan self winding dan hand winding. Resin ring yang di letak kan antara dail dan enjin nya dan antara enjin dan movement holder untuk fungsi shock resistance. Juga anti magnetic certified. Diving range 200m.
Pembelian di sertakan dengan kotak eksklusif Orient dengan manual book sekali gambar sebelah kiri.
Pamplet yang aku dapat dari kedai jam lain. Ada maklumat tentang masa pengeluaran nya, spesifikasi dan cerita tentang Orient yang menjadi salah satu syarikat penaja team subaru racing untuk perlumbaan endurace selama 24 jam di litar Nurburgring German. Jam nie juga di letakkan di tengah-tengah dashboard kereta sepanjang perlumbaan berlangsung.
Total Pageviews
Labels
Aktiviti
(4)
Aktiviti H4U
(3)
Al-Islam
(3)
Alba
(1)
Audemars piguet
(2)
Available for sale
(4)
Bisnes
(1)
Boctok
(1)
Book
(11)
Casio
(14)
Casio digital
(7)
Citizen
(5)
Crocodile
(1)
Dash Yonkuro
(1)
Digital
(5)
Doxa
(1)
Eco drive
(2)
Endura
(1)
G Shock
(3)
Grand Seiko
(1)
Horology
(1)
Info tentang jam
(2)
IWC
(1)
Jawa
(1)
Johnson Shoes
(1)
Johor
(1)
Kisah silam
(4)
Laurent Ferrier
(1)
Majalah 3
(1)
Meflecto System
(1)
Menu
(4)
Microrotor
(1)
Milane
(1)
Miyota
(1)
Motivasi
(2)
Muar
(3)
NESB
(1)
Omega
(5)
Orient
(10)
Panerai
(2)
Patek Philippe
(1)
Persol Ratti
(2)
Petua
(3)
Quartz
(4)
Ramadhan
(2)
Ray ban
(2)
Reunion STMI
(1)
Roamer
(1)
Rolex
(8)
Seiko
(20)
Sold
(29)
Spring Drive
(2)
Syawal
(1)
Syiling
(1)
T shirt h4u
(1)
Tag heuer
(2)
Titoni
(2)
Tudor
(2)
Watch pose
(3)
Zaman silam
(3)
No comments:
Post a Comment