Friday, March 25, 2011

Bagaimana menjaga hati kekasih


Jika kita nak memancing ikan, setelah ikan itu terlekat pada mata kail, hendaklah kita mengambil ikan tu, janganlah sesekali kita LEPASKAN ikan tu ke dalam air laut atau sungai macam tu saja. Hal ini kerana ikan tu akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga ...

Setelah kita memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mulai MENYAYANGI kita maka hendaklah kita MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kita meninggalkannya begitu saja. Hal ini kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama kita dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia ingat kat kita...

Jika kita menadah air biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluan kita. Bukan apa, bila sekali ia retak, tentu sukar untuk kita menampalnya semula. Akhirnya buang macam tu saja. Sedangkan jika kita cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kita memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia kelakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kita untuk menerimanya. Akhirnya kita KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kita MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kita akan TERUS hingga ke akhirnya. Jika kita telah memiliki sepinggan nasik yang kita pasti baik untuk dirinya. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kita berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasik tu akan basi dan kita tak boleh dah nak makan lagi. Kita akan menyesal kan.

Begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kita. MENYAYANGI nya. ..MENGASIHI nya. ..Mengapa kita berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Bila kita terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kita akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kita juga yang akan MENYESAL.....

SOLEHKAN diri kita insyaAllah yang SOLEHAH menanti! 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...