Thursday, April 7, 2011

Makanan trademark masyarakat Muar

Bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"...

Muar yang di kenali sebagai "Bandar Maharani"  dan sekarang "Bandar Di Raja" adalah sebuah bandar lama di Utara negeri Johor bersebelahan dengan negeri Melaka. Antara sebab masyarakat Muar berbangga menjadi sebahagian dari Muar adalah kerana:

Makanan nya..
Memang tidak di nafikan makanan memang menjadi "Trademark" bagi sesuatu tempat itu. Contoh nya keropok lekor di Terengganu, budu di Kelantan, cencalok di Melaka, pekasam di Perlis & tempoyak di Perak. Ada sesuatu yang istimewa di Muar yang tidak di ketahui oleh masyarakat di luar sana. Di sini saya akan berkongsi dan bercerita.


Otak-otak
Salah satu makanan yang terkenal di Muar ialah otak-otak Muar. Berbeza di tempat lain, otak-otak di Muar boleh di dapati siap di kotakan dengan plastik berbanding dengan bungkusan bersama daun kelapa yang biasa di jumpai di tempat-tempat lain.


Mee bandung
Mee bandung original rasa Muar. Dari pagi hingga ke petang, kedai makan yaang ada menyajikan menu mee bandung mesti penuh kedai dengan pelanggan. Rasa mee bandung Muar memang di akui sukar untuk di cari di tempat-tempat lain. Memang ada rasa yang tersendiri mee bandung Muar. Jika anda mahukan yang original, pastikan cari di Muar. Antara lokasi terbaik untuk menikmati mee bandung Muar nie di Jalan Abdullah dan Bandung Sentral di Taman Tun Syed Nasir berhadapan dengan sekolah sains Muar.


Apam Jepun
Bentuk nya seperti apam balik dan dorayaki tetapi kecil berbentuk bulat berintikan kacang merah. Enak di makan panas waktu minum petang. Entah kenapa apam ini menjadi popular di Muar, mungkin kerana nama nya yang unik ataupun dorayaki Jepun versi masyarakat Melayu.


Asam pedas
Mana lebih sedap? Asam pedas Muar atau asam pedas Melaka? anda perlu cuba kedua-dua nya. Sukar untuk menghakimi mana satu lebih sedap tetapi ada keunikan nya yang tersendiri jika di Muar. Asam pedas di Muar di makan pada waktu pagi. Ya pada waktu pagi. Rata-rata masyarakat Muar sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 11 mereka sudah mula mencari makanan tengahari. Jangan terkejut jika anda berada di Muar makanan seperti ini untuk waktu pagi. Antara lokasi terbaik di Parit Jawa dan Jalan Jonid Muar.


Kopi 434
Kopi yang terkenal di Muar ialah kopi 434. Biji kopi dari jenis Arabica, Robusta dan Liberica untuk kopi hebat di Muar. Jika anda pernah menggunakan lebuh raya utara selatan pasti akan ternampak papan tanda iklan kopi 434 di sekitar RnR Seremban. Masyarakat Muar memang penggemar kopi yang tulen walaupun teh tarik menjadi pesaingnya. Orang lama Muar pasti nya memilih kopi untuk minum petang sebagai terapi memulihkan tekanan waktu kerja ataupun aktiviti lain. Destinasi pilihan untuk menikmati kopi 434 ini di sebuah kopitiam Jalan Maharani Muar. Memang sesak pada waktu petang.


Pau Muar
Tidak di ketahui sejak bila, tetapi sekitar tahun 1990an aku lihat banyak sekali orang menjual pau di tepi-tepi jalan. Sekarang kalau tengok memang dah kurang sangat lah. Tau apa keistimewaan nya pau Muar. Pau daging yang berintikan daging dan kentang kari kebiasaan nya di serta kan sekali dengan sebiji telur puyuh di tengah-tengah nya. Sehingga ke hari ini jika anda membeli pau daging di Muar pasti ada telur puyuh di tengah-tengah nya.


Mee siput
Makanan snek ini juga pada aku amat sinonim dengan orang Muar. Mee siput senang di dapati di sini berbanding tempat lain. Sekarang mungkin agak senang dapat di sekitar daerah negeri Johor, tempat lain aku tak pasti. Makanan snek nie biasa nya di makan dengan sambal tumis pedas manis. Mee siput nie kalau nak tau ade dua jenis. Satu jenis yang bila di goreng masih mengekalkan rupabentuk asal dan satu lagi bila di goreng akan mengembang. Aku lebuh gemarkan yang tidak kembang bila di goreng. Pada masa kecil dulu orang lama nie rajin goreng mee siput siap di sira dengan sambal sekali. Sekarang aku tengok perusahaan mee siput nie dah makin berkembang, dah di peketkan dan di jual secara online. Kebiasaan nya warung-warung Melayu masih ada letak mee siput nie atas meja. Buat pelanggan kunyah-kunyah.


Satay Pagi
Cerita pasal satay nie, dekat mana-mana pun ada satay. Lagi pun kalau cakap pasal satay nie, satay kajang Hj Samuri lagi terkenal kot dari satay Muar nie. Tapi kenapa satay nie boleh jadi makanan trademark orang Muar?. Sebab nya satay di Muar nie orang makan mase pagi, ketika sarapan pagi. Sebab tu di gelar satay pagi. Kalau tak percaya, jika singgah di Muar waktu pagi banyak asap di tepi-tepi premis makanan. Bukan bangunan terbakar tapi satay yang terbakar. Entah bila bermula budaya nie aku pun tak tau tapi budaya nie memang kekal sebagai salah satu gaya hidup orang Muar. Makan satay waktu pagi.


Sajian belangkas
Sajian eksotik nie memang pernah popular. Bagi orang lama Muar mesti tahu. Belangkas nie biasa nya di bakar untuk di makan telur nya tapi daging belangkas pun boleh makan. Aku sendiri tak pernah makan sampai sekarang, tapi dari bacaan dan carian, rasa isi belangkas nie macam ketam. Baginda sultan Johor, sultan Ibrahim juga merupakan penggemar sajian belangkas, kalau tak salah belangkas goreng sambal. Hendak mencari kedai yang menyajikan hidangan belangkas pun bukan nya senang. Kalau ada peluang pasti aku tidak akan lepaskan untuk merasa hidangan eksotik nie.

Muar.. bandar lama yang yang banyak keistimewaan nya. Ramai juga menteri di Malaysia berasal dari Muar, tempat menarik juga banyak, aneka makanan dan budaya. Rencah ini semua menjadikan Muar satu bandar yang betul-betul istimewa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...