Total Pageviews

Monday, April 11, 2011

Pro & Kontra Kursus Pra-Perkahwinan

Assalamualaikum...

Kepada pasangan yang bercadang untuk bernikah, TAHNIAH!!! anda semua.Dah ambil kursus pra perkahwinan?? kepada yang belum, nie nak bagi tahu bahawa ianya adalah syarat UTAMA. Kalau belum, akan ada masaalah nanti. Tuan kadi ada kuasa cakap macam nie "Nehi.. pergi balik hadir kursus dulu" walaupun kita nak ketua kampung, penghulu, DO mahupun MB sekalipun TETAP di wajibkan hadir.


Amacam??

Kepada yang ada masa (Sabtu & Ahad), yang belum bercadang nak bernikah pun boleh hadir. Tukar sikit perspektif KITA yang kursus pra perkahwinan ini BUKAN hanya untuk pasangan yang mahu berkahwin, yang SINGLE pun boleh. Kalau malu nak pergi sendiri, carilah kawan dua tiga orang.


Kepada yang belum hadir, antara tentatif sepanjang kursus adalah:

1. Munakahat
2. Prosedur Permohonan Untuk Berkahwin
3. Komunikasi & Pengurusan Sumber
4. Konflik, Stress & Kaunseling
5. Ibadah
6. Pengurusan Kesihatan
7. Aqidah
8. Prosedur Mahkamah
9. Pembubaran Perkahwinan
10. Ibadah
11. Sakinah

Walaupun mungkin ada SEGELINTIR yang mengatakan ia nya mungkin leceh, buang masa, topik asas, dah tahu dan macam-macam lagi. Sedarkah kita bahawa kita akan beralih ke satu kehidupan baru. CUKUP ke ilmu? CUKUP ke pengalaman? dah faham.. BUKAN setahun dua tau nak bina. Kalau boleh hingga ke akhir hayat. Sebab itu lah Jabatan Agama mensyaratkan ia nya WAJIB. Kalau nak ikutkan memang tak cukup 2 hari. Ada setengah tempat 3 ke 4 hari. Tentatif nya pun berlainan. Dari maklumat peserta luar daerah, ada yang mengatakan ada aktiviti mengaji al-Quran, sesi temuduga dan macam-macam lagi. fuhhh~

Alhamdulillah...

Di seluruh negeri Johor tentatif nya masih sama dan dengar-dengar cerita memang akan ada perubahan dari segi tempoh masa, bayaran dan tentatif kursus. Cuma menunggu masa yang sesuai. Buat masa sekarang kadar yang di kenakan ialah RM120 (Bagi seluruh negeri Johor) untuk dua hari siap makan dan minum. Kepada yang dah hadir, selamat lah kan. Tapi jangan lupa, sijil kursus tuan-tuan dan puan-puan tu hanya boleh di gunakan sekali SAHAJA. Apabila comform nak nikah, sijil tersebut akan di cop walaupun ian nya valid seumur hidup. Makna nya yang dah berkahwin dan yang pernah berkahwin, JIKA nak berkahwin semula WAJIB hadir kursus semula.

Walaupun ianya hanya asas tahap sekolah agama tapi ada sesuatu yang akan anda DAPAT dari kursus tersebut. Sukar untuk di katakan, tapi memang ada. PERCAYA lah.. ianya amat-amat berguna nanti. Sesi perbincangan nya pun lebih santai dan terbuka, tidak terlalu formal macam hadir ke kuliah yang boleh buatkan mengantuk sepanjang masa. Boleh di kata kan sedap dan seronok untuk di dengar. Jadi, tahan je lah sepanjang dua hari tu SEBELUM ianya menjadi tiga atau empat hari sampai perlu bermalam untuk mengerjakan solat tahajud. Heheeheee...


"Di nikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana harta nya, kerana keturunan nya dan kerana agama nya MAKA pilih lah dalam hal keagamaan nya nescaya beruntung lah kedua-dua tangan mu" Hadis riwayat Bukhari & Muslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...