Friday, April 29, 2011

Part 2 - yang lahir nya pada tahun 80'an

Zaman kanak-kanak adalah sesuatu yang indah. Cepat sungguh masa berlalu. Memori lama membuatkan kita sedih, menggelamun dan ketawa seorang diri.

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Lagi satu Gaban, Suria Perkasa (Baja) Hitam.

Berus gigi masa waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni. Mencangkung dekat tepi parit dengan classmates semua sebelah menyebelah.

Ingat tak, masa kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Bunyi gigi member kita kena gerudi dekat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena la tampal.

Program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak time tu minum susu.

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

Time sekolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu; Caferee...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dalam class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, gasing kayu, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die @ aiskrim POP

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diaorang percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diaorang tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diaorang tak pernah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diaorang tak percaya pernah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...Mari kita re-check, sama ada masih muda kah kita nie:
1. Sure tersenyum.
2. Kebanyak kan rakan sepersekolahan dah berkahwin.
3. Lihat budak-budak sekolah rendah panndai menggunakan komputer.
4. Budak sekolah menengah guna handphone.
5. Kurang bersembang dengan kawan-kawan melalui handphone.
6. Bila jumpa kawan lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang tentang cerita lama, cerita kelakar masa kecil-kecil dulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...