Monday, April 18, 2011

Pisang Sebagai Ubat Demam

Bunyi nya seperti PELIK mengatakan pisang boleh mengubati demam. Apatah lagi masih belum ada kajian saintifik yang terbukti boleh mengubati demam. Lingkup la klinik-klink swasta dekat luar sana, kaya lah tokey-tokey pisang.

Ada satu kisah untuk di kongsi bersama, mana lah tahu boleh mendatangkan faedah & manfaat pada semua orang. Petua ini di berikan oleh abang rakan saya yang pada masa itu baru pulang dari Mesir. Kunjungan ke rumah nya adalah atas dasar permintaan rakan saya. Pada masa tu, keadaan saya masih lagi kebah dari demam. Berpeluh-peluh.

Perwatakan nya yang mesra menyebabkan kami cepat berbual seperti sudah lama kenal. Maca-macam topik, sehingga lah keluar pertanyaan "Demam ke??'' saya mengiakan sahaja pertanyaan tadi. Memang keadaan pun berpeluh pada masa tu, tak kan nak kata kan sihat pulak kan. Spontan keluar jawapan dari mulut nya "Senang je ubat nya, makan pisang banyak-banyak". Hazrin tidak ambil kisah sangat kata-kata nya pada masa itu, sebab telah pun ke klinik mendapat rawatan dari doktor. Dan sembuh seminggu kemudian.

Kisah nya bermula selepas itu, 4-5 bulan selepas itu apabila demam menyerang kembali. Kali ini keadaan sedikit teruk sehingga terpaksa pergi mendapatkan rawatan doktor dari dua klinik yang berlainan. Batuk ketika itu memang teruk dan antara yang paling lama untuk sembuh. Seingat Hazrin ambil masa dalam masa lebih kurang dua bulan untuk sembuh memandangkan rekod rawatan saya pernah ada asthma@semput.

Dalam keadaan berehat sambil menonton televisyen, teringat petua tentang pisang tadi. Terus esok nya pergi ke kedai buah, Hazrin membeli sesikat pisang montel kalau tak salah dengan harga RM2.00 se-kilogram. Balik ke rumah terus jamah dua tiga biji pisang yang di beli tadi dan di ulangi selepas makan sebagai pencuci mulut.

Hasil nya...

1. Tekak yang sakit & gatal-gatal berkurangan.

2. Suhu badan menurun.

Wow.. hampir tak percaya hasil nya. Baru Hazrin ingat kata-kata tentang pisang itu bukan sekadar omongan kosong. Terima kasih, terima kasih. setelah Hazrin selidik memang banayak artikel tentang khasiat pisang tetapi hanya satu artikel aku jumpa tentang khasiat pisang yang boleh mengubati demam di artikel berita harian yang ada mengatakan boleh mengubati DEMAM PAGI, KAWALAN SUHU dan penghadaman yang kebanyakan nya ramai orang dah tahu.

Saranan Hazrin, elok pisang nie di makan sebagai pencuci mulut selepas makan memandangkan ia nya mata baik untuk penghadaman. Sedangkan kita suka ambil pisang goreng sebagai santapan bersama minum petang. Pilih lah pisang dari jenis yang memang sesuai di makan segar separti pisang montel, pisang emas dan lain-lain. Jangan pulak makan dari jenis yang biasa di gunakan untuk buat kuih dan goreng, memang sah tak lalu nak makan walaupun nak jamah sedikit pun. Sape pernah minum BANANA MILK SHAKE.. memang sedap kan, harga nya pun memang sedap kan..hehee

*Demam pagi adalah demam yang menyerang sekali sekala pada waktu malam kebiasaan nya atau waktu pagi dengan suhu badan yang berubah-ubah.


Rujukan online tentang khasiat pisang

http://berita-harian-online.com/khasiat-pisang/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pisang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...