Total Pageviews

Tuesday, May 31, 2011

Casio radio control

Casio merupakan pengeluar jam yang up to date dengan teknologi-teknologi baru pada jam-jam keluaran mereka. Dari segi fungsi, rupa paras dan juga harga mampu milik yang di tawarkan, jenama Casio semakin hari semakin mendapat tempat di hati pencinta seni horology tak kira lah sama ada yang vintage mahupun yang moden. Kelainan nya dapat di lihat pada setiap model baru keluaran mereka. Sentiasa mengikut trend-trend semasa. Duta Casio yang merupakan pasukan Formula Satu Red Bull Racing Team pada ketika ini membuktikan mereka amat serius dalam aspek penjenamaan. Impak dari Sebastian Vettel & Mark Webber dalam pasukan RedBull betul-betul memberi kesan yang positif kepada Casio. Teknologi radio control adalah antara yang terbaru dari Casio.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...