Saturday, August 27, 2011

Hanya setia pada yg satu sejak dari sekolah menengah

Tengok pada tajuk mungkin ramai yang beranggapan entri kali ini berkisar tentang kisah cinta. Ya, memang tentang kisah cinta, tapi cinta bukan pada manusia tapi pada pena. Selepas alam sekolah rendah dan kemudian ke fasa baru sekolah menengah, bermula lah episod baru. Zaman menulis menggunakan pensil telah di tinggalkan dan bermula lah episod baru menulis gunakan pen. Pertama kali gunakan pen untuk menulis, rasa dah spt sedikit dewasa. Maklum lah perasaan nya sedikit lain. Rata-rata pililhan dari segi warna untuk menulis ialah warna biru. Jarang sekali yang memilih warna hitam. Kriteria cantik di pandang adalah satu ciri yang di pertimbangkan pada waktu itu, atas sebab itu ramai yang memilih warna biru berbanding hitam. Macam-macam jenis pen, harga yg jadi pilihan. Mahal dan murah bukan menjadi persoalan.


Dalam situasi mencari sesuai, ibarat mencari jodoh. Proses mencuba adalah perkara biasa. Kadang kala yang baru di beli pun, jika tak sedap di pakai sangggup tolak tepi walaupun masih boleh di gunakan untuk menulis berkilo-kilometer. Dalam proses mencari yg sesuai lah, sampai sekarang aku hanya setia pada yang satu. Sebab dah berjumpa jodoh yang sesuai. Ini dia...


Aku lebih gemar menggunakan warna hitam berbanding biru yang nampak sedikit professional berbanding warna biru yang mana pada pendapat aku macam budak-budak sekolah. Kata orang ada rupa ada harga. Jadi boleh di katan kan ia nya tiada rupa apatah lagi harga. Murah sangat, sampai sekarang pun masih tak naik-naik lagi harga. Tapi atas faktor keselesaan untuk menulis. Jari jemari aku hanya menerima si dia sebagai jodoh. Dah dapat jodoh yang sesuai, yang lain tak pandang dah. Datang seberapa banyak mana pun yang cantik, pinggang ramping, rambut ikal mayang, hahaaa. Tak akan sekali cari lain, tetap setia pada yang satu. Sehingg sekarang masih setia pada yang satu, yang lain-lain tu jatuh no 2 no 3.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...