Wednesday, August 31, 2011

Nostalgia bermain meriam buluh di bulan ramadhan

Antara kenangan bermain meriam buluh di bulan Ramadhan yang sukar di lupakan, membuatkan tergelak seorang bila di kenang ialah:



Peristiwa di hambat orang...
Akibat letupan yang kuat kedengaran di tambah bermain berdekatan di sebelah rumah orang. Akhir nya seorang lelaki dari rumah berdekatan senyap-senyap keluar dan menghambat kitaorang. Meriam tak dapat di selamatkan, masing-masing lintang pukang lari masuk semak menyembunyikan diri. Yang paling geli hati melihat yang berbadan gemuk masing-masing laju lari meninggalkan yang kurus-kurus nie. Dalam tempat persembunyian, terdengar kata-kata amarah lelaki yang menghambat kitaorang. Peduli lah dia nak maki carut ape pun, esok malam nya macam biasa main tempat sama lagi. Memang tak serik-serik kitaorang. Hahaaa...

Ubi bakar santapan waktu berperang...
Memandangkan sistem pencucuhan meriam memerlukan sumber api, kebiasaan nya kami akan membuat unggun api sewaktu berperang. Ini untuk memudahkan dari terputus nya sumber api jika pelita minyak tanah yang di bawa kehabisan bahan bakar nya. Sewaktu berperang akan ada satu skuad untuk mencari bahan untuk santapan. Ya ini lah skuad yang di gelar "skuad mencari ubi kayu". Mereka akan meninjau kawasan-kawasan berdekatan untuk mencari ubi kayu yang saiz nya sedang-sedang untuk di bakar. Pada siang hari nya pula, kawasan di terokai untuk sumber makanan waktu berperang malam akan jadi seperti kawasan yang di musnahkan haiwan perosak membuatkan tuan tanah kebingungan memikirkan kejadian. Hahaa... mana tak nye, sekali cabut tak berkenan.. cabut yang lain. Kalau macam nie se-ekar tanah pun boleh jahanam dalam tujuh malam. Hahahaaaa...

Banyak lagi nostalgia lama yang menjelma kembali sewaktu tiba bulan Ramadhan tentang kisah meriam. Nukilan di atas adalah sebahagian di antara nya yang memang betul-betul terkesan. Dari mencari buluh sehingga waktu berperang, macam-macam kisah yang melucukan jika di kenang. Pada waktu zaman gemilang nya bunyi dentuman meriam pun masih kedengaran tatakala subuh menjelang. Alhamdulillah tidak ada kes-kes kecelakaan waktu itu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...