Monday, September 19, 2011

Daun Jambu Batu

Entri kali ini adalah berdasarkan penglihatan dan pengalaman yang pernah di lalui sendiri. Tidak lah sehebat mana pun kisah nya, cuma ia nya mungkin ilmu yang masih boleh di gunakan pada masa kini di samping sedikit usaha agar ianya di tidak pupus di ingatan mahupun tindakan.


Kisah nya adalah berkenaan petua orang tua-tua yang memang telah di amalkan sejak sekian lama oleh mereka, cuma generasi muda sekarang sahaja yang mungkin kurang pendedahan terhadap petua-petua lama sebegini atau mungkin generasi lama yang tidak mewariskan kepada mereka yang muda.

Daun jambu batu muda yang mungkin rata-rata mereka masa kini tidak mengetahui ia nya mempunyai khasiat untuk menyembuh atau melegakan sakit perut/cirit birit. Memang belum ada kajian secara saintifik mengenai nya, tetapi tak rugi jika mencuba memandangkan hampir pasti ia nya tidak mendatangkan apa-apa risiko penyakit apabila memakan nya.


Hanya dengan mengambil beberapa helai pucuk daun jambu batu muda, lipat, kunyah dan telan. Insyaallah dengan izin tuhan, rasa ketidakselesaan terhadap apa yang mengganggu perut akan beransur pulih seperti sedia kala. Ada juga yang mengambil pucuk muda ini di sertakan dengan sedikit garam. Hasil dari penelitian yang di buat, tujuan di sertakan dengan sedikit garam berkemungkinan untuk menyeimbangkan rasa kelat daun jambu tersebut semasa berada di dalam mulut. Jadi tidak lah terasa sangat kelat daun jambu tu. Tetapi memandangkan ia nya di pilih dari pucuk yang muda, rasa kelat nya tidak lah sekelat daun yang tua. Cuma rasa bagi lidah-lidah orang yang memakan sahaja mungkin berlainan.

Don't try this
Jadi, bila anda berada di kampung dan mengalami masalah gangguan perut, tak perlulah ke susah-susah penat-penat pekan naik motor pandu kereta sejauh dua tiga kilometer cari pil che kit taun, ban kah cai untuk sakit perut tu. Pandang kiri kanan belakang dekat luar rumah tu, tak pun tanya mak ayah mana tahu yang anda cari tu berada berhampiran, petik jer sehelai dua. Di mulakan dengan Basmalah... Insyaallah dengan izin tuhan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...