Friday, September 2, 2011

Cerita marhaban di hari raya


Marhaban rumah ke rumah adalah aktiviti ketika bulan Syawal yang akan terus menerjah ingatan sampai bila-bila. Aktiviti marhaban ini akan menjadi meriah jika ramai yang menyertai nya. Tapi kelihatan muda-mudi zaman kini kurang berminat terhadap aktiviti seperti ini. Bagaimana ingin mempertahankan tradisi jika generasi seterus nya sukar untuk meng-involved-kan diri. Jelas semakin lama ianya semakin pudar melihat dengan jumlah ahli yang berkurangan dari tahun ke tahun semasa aktiviti di marhaban ini di jalankan. Mungkin ia nya akan pupus satu hari nanti. Tiada akan ada lagi kita melihat rombongan anak-anak muda bermotorsikal beramai-ramai berkonvoi dari rumah ke rumah dengan suasana meriah, riuh rendah dan berbagai gelagat melucukan antara mereka semua.


Dahulu nya;
Aktiviti marhaban ini di jalankan selepas selesai solat hari raya aidilfitri, untuk golongan dewasa akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan perempuan dewasa a.k.a anak dara dan juga kumpulan dewasa a.k.a bujang teruna. Untuk kumpulan ini di khaskan hanya kepada mereka yang belum berkahwin tak kisah lah walaupun sudah berumur 40 tahun, janji belum kahwin tergolong dalam kumpulan ini termasuk remaja dan kanak-kanak sekolah. Untuk golongan yang dewasa a.k.a yang sudah berkahwin pula di jalankan pada waktu malam selepas solat isyak sepanjang bulan Syawal.



Pengisian nya mudah;
Menziarahi dari rumah ke rumah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di samping melagukan alunan selawat ke atas nabi junjungan besar Muhammad s.a.w. Pengisian yang paling penting ialah memohon kemaafan antara dua pihak yang memang di tuntut sepanjang bulan di bulan Syawal. Pengisian ini sebenar nya mereka yang berada pada zaman ini kini sukar untuk faham, yang pada mereka mungkin hanya satu aktiviti berkunjung dari rumah ke rumah, mengalunkan selawat, memohon kemaafan dan ke rumah lain pula.


Cerita menarik nya;
Di sebabkan golongan muda-mudi ini mempunyai aktiviti yang cukup padat di hari raya. Mana dengan beraya nya ke sana ke sini, ke rumah rakan, awek, teman-teman. Tu belum di kira kawan, rakan, teman, awek, rakan sekerja datang ke rumah lagi di tambah dengan open house yang bersepah di sana-sini. Jadi marhaban untuk golongan ini boleh lah di katakan marhaban secara ekpress. Jarang sekali marhaban golongan muda-mudi ini di hidangkan dengan jamuan yang berat, cukup sekadar kuih raya dan air minuman. Berbeza dengan marhaban untuk golongan tua yang bergerak secara slow & steady terhad pada lima buah rumah sahaja setiap malam, santapan nya juga... fuhhh, memang boleh naik 2-3 kilo setiap malam. Tetapi memang ada juga kunjungan yang menyediakan jamuan berat. Durasi bagi sebuah rumah lebih kurang 20 ke 30 minit jer dan kadangkala tidak sampai 20 minit pun. Jadi untuk menghabiskan seluruh kampung ambil masa 2 hari jer. Kalau extended sampai raya ke 3, masing-masing dengan kata majoriti sepakat tak mau join. Penuh aktivit kata nya. Nak tak kena habis dalam masa dua hari juga, tak habis lajak kan ke malam. Hahahaaa...



Masih boleh terima duit raya;
Masa ini lah muda-mudi yang dah tua bangka boleh merasa duit raya walaupun seringgit dua. Dah kata yang masih belum kahwin masih boleh terima duit raya, jadi kena lah bagi semua. Heheheee.. situasi ini sebenar nya menjadi satu kesenorokan untuk aktiviti marhaban seperti ini walaupun ia nya bukan satu keperluan wajib untuk memberi duit raya. Kalau orang dah nak bagi, kita terima jer lah. hehee,,, seronok bukan.


Riuh rendah masa marhaban;
Keadaan yang melucukan, mengeli hatikan dan macam-macam gelagat yang akan membuatkan ketawa terbahak-bahak secara spontan antara nya lemparan-lemparan mercun yang bertempiaran membuatkan masing-masing lari lintang pukang amat mengujakan. Aksi-aksi rempitan, cerita-cerita lama yang menjelma kembali akan membuatkan ketawa tak kering gusi. Di tambah pula jika berselisihan dengan anak dara menunggang motosikal, keluar bermacam-macam jeritan. Itu belum dengan kisah gelagat membaca doa yang tersalah silap tafsiran, itu pun boleh menjadi bahan. Macam-macam gelagat secara spontan yang masih sukar untuk di ceritakan memandangkan ia nya berdasarkan pengalaman bukan di ceritakan. Amat merugikan kepada mereka yang tidak menyertai nya.


Kumpulan marhaban anak dara;
Kumpulan marhaban anak dara kebiasaan nya bermula sama dengan golongan bujang teruna pada raya pertama tetapi bergerak dengan berjalan kaki memandangkan jarak rumah yang tidak berapa jauh antara setiap buah rumah. Meraka akan bergerak secara bertentangan dengan kumpulan bujang teruna, jika bujang teruna dari sebelah kiri, mereka dari sebelah kanan. Apa yang menarik di sini, pada satu ketika kedua-dua kumpulan antara bujang teruna dan anak dara akan bertembung. Jadi sendiri faham lah ye... apa akan jadi jika si jantan berjumpa si betina?? di kejar nye lah (pinjam dialog nujum pak belalang). Si bujang teruna biasa lah bermacam-macam gaya, kemachoan menunjukan kejaguhan. Hahaaa... Si anak dara pulak diam selamba buat dek jer la macam tak de ape-ape. heheee... memang best la dapat tengok live situasi nie. Tapi mungkin atas faktor yang tidak di ketahui di tambah dengan peredaran zaman, kumpulan marhaban anak dara ini telah pupus hilang dari pandangan.

Macam-macam karenah, gaya, aksi doleh di tonton secara live, nampak dengan tak nampak jer. Aktiviti marhaban nie lah tempat bersua rakan-rakan yang berada di perantauan. Sebab masing balik cuti raya. Sebab kalau hari-hari lain balik cuti memang susah nak jumpa. Ini one stop centre nye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...