Total Pageviews

Saturday, November 12, 2011

Rahsia pemasaran facebook


Buku untuk di kongsi kali ini ialah satu fenomena sosial media yang paling hangat pada masa ini "Facebook-rahsia pemasaran facebook". Buku ini memberikan panduan kepada para peniaga satu alternatif lain selain perniagaan secara konvensional untuk memasarkan produk dengan cara yang lebih mudah, murah dan menjimatkan. Tidak mustahil peningkatan jualan pada produk jika dengan cara yang betul. Perniagaan melalui platform internet (home based business) bukan lagi asing pada dunia tanpa sempadan kini. Banyak testimoni mereka yang telah berjaya meraih keuntungan besar menggunakan platform yang murah ini. Contoh paling mudah ialah usahawan internet Malaysia saudara Irfan Khairi. Kisah kejayaan nya terlalu banyak di ceritakan di media cetak dan media masa.

Buku ini juga memberikan panduan bagaimana jika kita sebagai seorang peniaga boleh menggunakan facebook untuk memasarkan produk dan mendapat keuntungan. Buku ini menerangkan satu persatu tentang kegunaan aplikasi-aplikasi facebook  untuk menaikan trafik profile page anda. Semua ini boleh di perolehi secara percuma setelah membuka akuan facebook tanpa perlu membayar satu sen pun kepada facebook.

Apa yang boleh di banggakan ialah buku ini di tulis oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu saudara Nasrul Amri yang merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan bachelor of technology (honors) business information system. Beliau bukan sahaja telah mempelajari teknik pemasaran rangkaian sosial facebook malah turut membangunkan aplikasi untuk kegunaan ahli facebook.

Tajuk : Rahsia Pemasaran Facebook
Penulis : Nasrul Amri Samsudin
Penerbit : True Wealth Publishing
Halaman : 116 ms
Harga : RM29.90

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...