Total Pageviews

Saturday, November 12, 2011

Urus bisnes dengan google


Jika anda mempunyai access yang terhad terhadap modal untuk perniagaan. Buku ini mungkin boleh memberikan satu alternatif yang menjimatkan. Jika sebelum ini kita masih dalam lingkungan gmail, blogspot dan youtube. Mari cuba melangkah jauh ke depan untuk maksimumkan penggunaan akaun gmail.

Buku ini memberikan panduan dan tunjuk ajar bagaimana kita boleh memaksimumkan penggunaan akaun gmail untuk perniagaan. Ia sebenar nya secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pejabat maya bagi peniaga kecil. Kaedah ini sebenar nya satu alternatif kepada peniaga kecil yang mempunyai access keewangan yang terhad untuk bersaing dengan syarikat gergasi tidak ada masalah access terhadap sumber keewangan. Melalui kaedah ini juga peniaga kecil dapat meminimumkan belanja dan memaksimumkan keuntungan melalui penjimatan besar yang mereka dapat secara percuma.

Buku setebal lebih 300 mukasurat ini menceritakan mengenai bagaimana peniaga kecil di Malaysia mahupun negara serantau menggunakan Google bagi mengurus bisnes mereka.

Buku ini menerangkan secara terperinci dalam bentuk yang mudah difahami mengenai 9 aplikasi rahsia di Google bagi memulakan, mengurus, memasarkan & menggembangkan bisnes kecil. Antara aplikasinya adalah:

- Google Gmail
- Google Docs
- Google Talk
- Google Search
- Google Profile
- Google Alerts
- Google Maps
- Google Groups
- Google Calendar

Tajuk : Urus Bisnes Dengan Google
Penulis : Zamri Mohamad
Penerbit : Pts Professional
Halaman : 298 ms
Harga : RM25.00

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...