Cuba perhatikan pada marker dan hand. Marker kelihatan lebih besar dan sama dengan sub yang asli. Kelihatan juga hand yang tidak kelihatan kurus jika di bandingkan dengan Orient sub, marker dan hand nya kelihatan agak kecil dan kurus.Cyclop pada cermin lebih menambah perisa dan kemachoan Rolex pada jam ini. Bezel agak sedikit berbeza menampilkan dwi tona merah dan hitam seperti model gmt master.
Same kan. Walaupun tak dapat buka casing untuk tengok movement jam nie, tapi aku semacam yakin yang dia pakai movement miyota. Dengan kebolehan manual wind, tak syak lagi jangkaan aku di tambah dengan maklumat tokey kedai yang setuju sama dengan pendapat aku. Cuma diving rate tidak di paparkan pada mana-mana bahagan casing ataupun dail nya. Tapi jangkaan aku paling cetek pun boleh menyelam sehingga 100m/10bar ke dalam air.
Sama lagi. Ada safety clasp, bracelet pun tebal.
Dan yang nie paling-paling jarang ada dekat mana-mana homage submariner. Extension link yang jarang nampak dekat mana-mana homage jenama lain.
Dengan harga di bawah RM500, rupa yang memikat, enjin miyota, pada pendapat aku jam nie amat berbaloi untuk di miliki. Secara keseluruhan nya ia 95% hampir sama dengan sub Rolex. Jika sebelum ini aku lebih memandang Orient sub sebagai antara sub paling hampir sama di hasilkan, pandangan aku kini telah berubah kepada jam ini. Walaupun sebelum ini aku sendiri pernah ada sebiji dalam simpanan Orient sub biru yang memang sukar di cari tapi ciri yang utama yang telah memudarkan minat aku kepada nya ialah faktor ketebalan jam tersebut. Orient sub sedikit tipis pada pada casing dan bracelet nya. Jenama ini telah berjaya membuka semula minat untuk aku memiliki homage sub yang paling hampir sempurna. Tahniah Milane, diam-diam ubi berisi.
Kalau ikut adat biasa, tertulis water resistance sahaja maknanya cuma rating 30m sahaja. Tak tau untuk jam ni.
ReplyDeleteCrown jam ni jenis screw down ke? Mcm 99% sama ngan rolex sub!
suka jam.. semesti nya crown jenis screw down..
Deleteaku banding kan dgn orient sub.. sbb mmg jam nie lah plg hot org beli.. dgn crown yg semcm nie,, plg cetek pun 100m pd hemat aku.. jam2 seiko wr100 pun ada yg bukan jenis screw down.. boleh gunakan utk diving.. tp aku tak caye sgt walau manual kte gitu..
Wow.. cantek. Crown jenis screw down.. memang sah 99% ikut design rolex sub. CAntek plak tgk jam ni, caseback pu berkilat..
Deletehaha... mmg hensem sgt
DeleteSaya tak pernah tahu pasal Milane, sampailah lepas baca blog post ni...cantik tak dinafikan. TQ atas pendedahan ni bro :)
ReplyDeletesama2 wali... jenama Jepun nie kurang popular kat melaysia.. aku pun sebelum nie kurang sgt nk ambik tau pasal jenama nie walau selalu nampak kat kedai jam.. sbb byk pakai quartz.. tp rpe nya ade model mereka yg gunakan enjin auto tp memang kurang yang amat sgt..
ReplyDelete