Total Pageviews

Monday, August 13, 2012

Seiko monster baru.. lebih mengganas gigitan nya

Baru-baru ini agak kecoh di ruangan sembang jam di FB tentang kemunculan pendatang baru ini. Seiko telah mengeluarkan model monster baru dengan beberapa perubahan ketara dari monster yg asal. Khabar nya masih belum masuk dalam ruang kedai di Malaysia. Beberapa bancian yg aku lakukan di beberapa kedai jam juga menunjukan keputusan pemilik kedai sendiri tidak sedar tentang pendatang baru nie. Carian google juga tidak banyak jawapan yang membantu. Tetapi ada di kalangan sahabat yg telah berjaya menyeludup model ini masuk secara senyap-senyap menyebabkan isu ini menjadi agak "BOOM".


Model baru nie mempunyai penampilan yang agak ganas pada dail nya dan variasi warna juga kelihatan matching dan cantik. Dail oren dengan bezel hitam pvd coated agak menarik perhatian aku. Aku juga pernah mempunyai model oren monster lama, jadi model baru ini berjaya menarik minat aku untuk mengetahui nya.


Gambar menunjukan perbandingan antara oren monster baru dan lama. Bezel masih mengekalkan rekabentuk asal bermotifkan bunga. Jarum-jarum nya juga masih menggunakan jarum sama yang terdapat pada model lama. Ciri yang berjaya mengubah penampilan monster baru ini adalah pada marker nya yg kelihatan tajam berbanding ciri marker lama dengan penampilan bersegi. Index nombor pada marker juga tidak lagi kelihatan pada model baru. Sejujurnya aku agak berminat dengan dengan model baru nie. Perwatakan nya kelihatan garang berbanding model lama yg kelihatan agak lembut perwatakan nya. Enjin telah mengalami tranformasi kepada enjin baru seiko 4r36 dengan manual wind. Boleh di katakan enjin 7s seiko tidak akan di gunakan lagi pada mana-mana jam keluaran seiko. Model terakhir yg menggunakan enjin 7s sendiri aku pun tak tau. Hehee...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...