Total Pageviews

Sunday, September 2, 2012

Seiko zamba monster.. Thailand only

Pertama sekali aku nampak zamba monster nie dekat page Yeoman's Watch Preview di facebook. Di post oleh seorang mamat Thailand di wall Yeoman. Oleh sebab aku hanya pandang sekilas sahaja, jadi aku tak ambik endah sangat pasal jam nie. Sehingga lah isu ini di ketengahkan di forum dan blogger. Baru ada niat nak ambil tahu.

Zamba Monster-Limited Edition
No 2112 mungkin jumlah pengeluaran jam ini sbb aku pun tak faham tulisan siam dekat iklan nie jadi aku main agak jer.
Entah apa sebab yg munasabah dari Seiko, jam nie di keluarkan di Thailand sahaja. Yang menjadi masaalah nya, cantik pulak tu. Aku terfikir kalaulah ia nya masuk ke Malaysia, mungkin model nie akan kembali ke dalam simpanan. Banyak perubahan ketara dekat model zamba monster nie berbanding model baru drakula monster. Ciri-ciri asal seiko monster pada dail nya masih gunakan dari model yang lama.


Lihat pada wajah nya, hour marker dengan sedikit penampilan berwarna merah dan sedikit warna biru pada angka 2, 5, 8 dan 10. Agak pelik jugak kenapa ia nya di lakukan sebegini rupa. Penampilan cyclop pada window day/date kelihatan istimewa memandangkan seiko amat jarang tampil dengan cyclop pada cermin-cermin jam mereka. Index nombor pada bezel juga di warnakan merah pada 15 minit sahaja, 45 minit seterus nya di warnakan hitam mengikut warna bezel dan casing.


Aku amat gembira juga akhir nya seiko telah menggantikan bracelet dan strap getah yang kebiasaan nya mereka gunakan untuk jam-jam penyelam mereka. Penampilan strap berwarna merah dan deployment clasp, ini ciri paling unik yang aku dapat lihat pada zamba monster nie. Oh lupa pula.. nadi 4r telah menggantikan 7s untuk jam model baru keluaran mereka dengan kebolehan manual winding. Dengan penampilan luar dari kebiasaan, banyak elemen kejutan pada model zamba monster nie sehingga aku sendiri terkejut beruk sebab ia nya tak masuk Malaysia. Selamat duit aku.. tapi aku amat yakin penyeludup-penyeludup tegar akan menggunakan serangan gerila memandang Malaysia berada dekat sebelah jer dari Thailand. Heheee...

2 comments:

  1. Selalunya, model limited edition hanya untuk pasaran Thailand. Nak beli, kena beli dari seller Thailand.. Lepas tu, harga mencanak-canak la naik..

    ReplyDelete
  2. aku pun tak faham knp asyik2 model LE kt Siam aje..
    model nie aku rse agak berbaloi juga klu nk banding snow monster harga mencanak sbb tulisan LIMITED EDITION aje.. hadoiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...