Aku sendiri pernah ade sepasang berwarna coklat cerah utk kegunaan harian ke kuliah semasa belajar tetapi akhir nya koyak akibat jatuh dari motorsikal. Dalam rumah sewa aku pun ade dua tiga org yg pakai kasut Johnson nie. Kasut nie memang selesa semasa di pakai, agak lembut bila di bawa berjalan. Kaki tidak mudah merasa sindrom kepenatan. Tapi lama kelamaan aku baru perasan yg kasut nie mula hilang dari pandangan mata sedikit demi sedikit sehingga lah pada masa sekarang memang susah nak jumpa orang pakai kasut macam nie apatah lagi jenama nie.
Dahulu semasa era nya, bukan Johnson sahaja yg mengeluarkan rekaan begini, bahkan jenama lain turut sama mengeluarkan rekaan yg sama atas platform jenama masing-masing tetapi brand yg popular tetap Johnson. Walaupun kita pakai dari jenama lain, orang tetap akan cakap "ko pakai kasut Johnson ke??".
Trend sekarang bila ramai orang menyukai barang-barang old fesyen atau vintage. Barang yg dulu nya murah nak dapat sekarang nilai nya begitu tinggi. Atas faktor demand dan rare kadang-kadang harga nya langsung tak masuk akal. Kasut Johnson nie dulu seingat aku di beli dengan harga di bawah harga RM100. Harga yg boleh di katakan mampu milik utk semua orang. Tetapi sekarang bila ia nya muncul semula dan mungkin bakal menjadi fenomena semula, harga dah meningkat sekali ganda. Baru-baru nie aku terjumpa seorang rakan yang menjual kasut nie di laman facebook, dari bancian yg aku lakukan di beberapa kedai kasut memang kasut nie tiada lagi pengeluaran nya menurut dari pemilik kedai. Kalau ada pun stok lama atau NOS(new old stock) yg tidak di jual. Memiliki kasut nie kembali ibarat kembali semula ke zaman belakang yg penuh dengan catatan peristiwa. Cukup hangat untuk mengimbau kisah lama yg penuh suka dan duka.
Haha.. Mgkin komen aku ni dh terlalu terlambat.. Tp aku jumpa blog ni sbb aku bru teringat kat kasut aku yg ni.. Aku duk try nk ingt balik nme kasut tu tp aku terimagine kasut kickers.. Tp bila jumpa blog ni trus aku rs confident mmg ni lah kasut yg aku cri balik skrg ni.. Aku dpt kasut ni tahun 2001 dri kwn aku.. Mmg trend hit waktu tu..
ReplyDelete