Total Pageviews

Wednesday, October 3, 2012

Orient sub 2ER00004D

Semenjak terkena bisa racun orient sub biru yg dah discontinue tu, bila tgk model seangkatan dengan nya rasa macam nak cari balik. Haa tu la dulu sape suruh mengada-ngada jual. Sudah nya sekarang dah macam orang gila talak dekat janda sendiri. heheee.. posting kali nie dari model yang sama tapi rasa nya macam... argghhh!! terus terang cakap memang menawan habis. Orient sub model 2er00004d.

Gambar ihsan google
Dail deep blue dgn bezel insert gold. Percaturan warna yang memang kena sangat untuk membuat kan mereka yg lemah semangat menghulurkan note-note wang polimer pelbagai angka kepada penjual. Di angkat antara homage terbaik pernah di hasilkan di kalangan pengeluar jam Jepun. Model nie masih belum lapuk, cuma dah berkurangan sangat untuk di temui.

Gambar ihsan google
Pusing sana pusing sini pun masih tak menjemukan. Bracelet pun gold jugak yang pada pendapat aku mungkin agak sukar untuk menggayakan nya dengan tali kulit ataupun nylon memandangkan keseronokan memandang nya elok di biarkan sebegitu rupa. Cantik dengan bracelet asal nya.

Gambar ihsan google
Dengan crown gold sekali. Casing agak sedikit tipis dengan diameter 38mm. Pada aku saiz yg cukup ideal.

Gambar ihsan google
Warna-warna gold mungkin agak ketuaan pada pendapat orang tapi untuk aku ok jer. Cukup cantik di sini.

Gambar ihsan google
Cetusan idea yang di ambil dari model asal nya. Rolex submariner 16613. Model nie paling kurang pun nak kena ada budget 20k baru lah dapat merasa ataupun pilihan pada Orient sub 2er00004d.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...